NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menerima resolusi menggesa tindakan untuk menangani cabaran kesihatan dan keselamatan global yang timbul akibat dadah sintetik, lapor Xinhua.
Resolusi itu menyeru negara-negara anggota, selari dengan prinsip tanggungjawab bersama untuk melaksanakan tindakan yang diselaraskan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa bagi menangani cabaran kesihatan awam dan keselamatan yang timbul hasil pengilangan dan pengedaran dadah sintetik secara haram, pengedaran dan penggunaannya untuk tujuan bukan perubatan dan bukan saintifik, lapor Xinhua.
Ia juga menggalakkan negara-negara anggota untuk meneroka pendekatan yang inovatif bagi menangani ancaman yang ditimbulkan oleh dadah sintetik dengan lebih berkesan dan melibatkan semua sektor yang berkaitan.
Selain itu, resolusi terbabit turut menyeru agar kapasiti sistem penguatkuasaan undang-undang dan penjagaan kesihatan ditingkatkan untuk bertindak balas terhadap ancaman terbabit, meluaskan kawalan domestik, serantau serta antarabangsa dan secara sukarela mewujudkan dan mengukuhkan perkongsian atau kerjasama dengan masyarakat awam, ahli akademik dan sektor swasta serta menangani faktor-faktor sosioekonomi berkaitan dadah.
Resolusi itu juga menggesa negara anggota untuk membangunkan dan melaksanakan strategi yang komprehensif, seimbang dan berasaskan bukti saintifik di semua peringkat untuk menangani dan mengatasi cabaran yang timbul.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023
Resolusi itu menyeru negara-negara anggota, selari dengan prinsip tanggungjawab bersama untuk melaksanakan tindakan yang diselaraskan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Ketua UN kecam pembunuhan 3 kakitangan WFP di Sudan
Guterres mengutuk sekeras-kerasnya semua serangan ke atas kakitangan dan kemudahan PBB serta bantuan kemanusiaan.
OIC sambut baik permintaan PBB untuk pandangan ICJ berhubung kewajiban Israel
OIC memuji usaha Kerajaan Norway serta semua negara yang menjadi penaja bersama dan menyokong resolusi itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ketua PBB 'sangat bimbang' dengan serangan udara Israel yang berulang di Syria
Antonio Guterres mengecam sekeras-kerasnya "pelanggaran besar-besaran terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria baru-baru ini,".
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Malaysia kecam tindakan Israel, gesa campur tangan PBB dalam krisis Gaza
431 hari telah berlalu sejak serangan bermula, mengakibatkan lebih 44,000 kematian, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Malaysia ulangi komitmen sokongan padu terhadap Palestin, gesa gencatan senjata di Gaza dan Lubnan
Malaysia mengulangi komitmen berterusan dan sokongan padu terhadap perjuangan Palestin dan usaha damai yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.