Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya bekalan dadah dan bahan untuk memproses dadah di negara ini diimport dari China serta beberapa negara di kawasan ''Segi Tiga Emas'', kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff.
Beliau berkata berdasarkan kepada perkongsian maklumat perisikan Biro Siasatan Jenayah Taiwan, bekalan dadah dan bahan untuk memproses dadah itu dibawa masuk ke negara ini melalui sindiket antarabangsa.
"Dadah dan bahan-bahan untuk memproses dadah ini diimport dari negara seperti China dan beberapa lagi negara di kawasan ''Segi Tiga Emas'' (berhampiran sempadan Thailand, Myanmar dan Laos) untuk pasaran tempatan dan didalangi rakyat tempatan dan antarabangsa," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Mohd Mokhtar turut mendedahkan, hasil kerjasama PDRM dan polis Taiwan, pihaknya berjaya menahan sembilan suspek termasuk dua warga asing, seorang daripadanya merupakan wanita.
Suspek berkenaan berusia dalam lingkungan antara 22 hingga 26 tahun ditahan dalam satu operasi operasi melibatkan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) di sekitar ibu negara.
Mohd Mokhtar berkata turut dirampas pil ecstasy (19,661 biji), pil erimin 5 (21,396 biji), kapsul disyaki ecstasy (2,283 biji), syabu (155 gram), ganja (60 gram) dan ketamin (44 gram) bernilai RM2.5 juta termasuk ephedrine atau lebih dikenali sebagai ibu syabu seberat 30.5 kilogram dan pelbagai bahan kimia serta peralatan untuk memproses dadah.
Turut disita ialah harta bernilai RM830,000, wang asing berjumlah RM125,830, lapan buah kenderaan, 14 jam tangan pelbagai jenama dan beberapa barang kemas daripada emas.
Hasil daripada beberapa operasi yang dilakukan dalam tempoh 1 Jan hingga 17 April , beliau berkata sebanyak 57,872 orang ditangkap atas kesalahan kes dadah di seluruh negara termasuk 2,385 warga asing.
Hasil tangkapan berkenaan, polis merampas dadah bernilai RM81.94 juta dan menyita harta bernilai RM49.16 juta manakala RM1.03 juta lagi harta dilucutkan. -- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2017

Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff (dua, kiri) menunjukkan cecair kimia pada sidang akhbar berkenaan rampasan dadah bernilai RM2.5 juta, rampasan harta sitaan dan wang tunai di Bukit Aman, hari ini, 20 April, 2017. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dadah dan bahan proses dadah dipercayai dimport dari China dan kawasan segi tiga emas - Pengarah JSJN
Berdasarkan kepada perkongsian maklumat perisikan Biro Siasatan Jenayah Taiwan, bekalan dadah dan bahan untuk memproses dadah itu dibawa masuk ke negara ini melalui sindiket antarabangsa.