PUTRAJAYA: Menjadi banduan akhir selama lima tahun, akhirnya, bekas pelajar kolej swasta terlepas tali gantung dalam rayuan terakhir selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan sabitan dan hukumannya bagi kesalahan mengedar dadah.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, melepas dan membebaskan V. Sathya selepas membenarkan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati bagi kesalahan tersebut.
Turut bersidang Hakim Datuk P. Nallini dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Dalam keputusan tersebut, Tengku Maimun, berkata tidak mengambil kira keterangan beramaran Sathya dan keterangan kakaknya oleh mahkamah telah mewujudkan prejudis material yang mengakibatkan salah laksana keadilan.
Beliau berkata ini adalah percanggahan undang-undang di bawah Seksyen 182A Kanun Prosedur Jenayah.
"Kami mendapati merit dalam rayuan itu. Mengenai keseluruhan bukti, kami mendapati sabitan itu tidak selamat dan oleh itu kami membenarkan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman," katanya.
Sathya, 30, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 27 Nov, 2017 selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.8 kilogram (kg) dan 2.2kg yang disorok dalam dua bagasi berdekatan terminal tambang murah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 26 Sept, 2013.
Dia kemudiannya gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menyebabkan dia memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan atas alasan salah laksana keadilan.
Sathya diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, M.Athimulan, Salim Bashir, Abdul Rashid Ismail, Low Wei Loke dan Kee Wei Lon manakala pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan Ng Siew Wee.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, melepas dan membebaskan V. Sathya selepas membenarkan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati bagi kesalahan tersebut. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kes dadah Yusoff Rawther dipindah ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah Majistret memerintahkan kes bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther yang dituduh mengedar dadah jenis kanabis dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Polis Thailand nafi 6 rakyat Malaysia termasuk artis Kelantan ditahan dirancang awal
Serbuan dan tangkapan yang dibuat berdasarkan siasatan dan maklumat risikan yang dijalankan dalam tempoh tertentu.
AGC bantah saman pemula Yusoff Rawther berhubung jaminan kes dadah
Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah saman pemula difailkan Muhammed Yusoff Rawther terhadap kerajaan Malaysia berhubung jaminan bagi pertuduhan kes mengedar dadah dihadapinya.
Video tular: Polis kenal pasti identiti suspek samun, letak parang di leher juruwang
Polis Sarikei mengenal pasti lima suspek yang terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Jalan Meruton pada awal pagi 17 Okt lepas.
Miliki pistol tiruan, Yusoff Rawther didakwa sekali lagi
Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan, bulan lepas.
Penjawat awam direman empat hari, bantu siasatan kes rasuah RM30,000
Tiga individu termasuk dua penjawat awam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM30,000.
Yusoff Rawther ditahan polis
Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther ditahan sejak Jumaat lalu selepas polis menemui dua pucuk pistol tiruan dan bahan dipercayai dadah.
Doa buat Mamat tidak pernah putus untuk kembali ke pentas - Exists
Doa buat vokalis kumpulan Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, agar beliau dapat kembali beraksi di pentas tidak pernah putus.
Nia Ramadhani akui pengalaman dipenjara hikmah terbesar dalam hidup
"Semoga apa yang terjadi dengan saya sebelum ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar oleh orang di luar sana."
Mamat Exist lega dua kes dadah sudah selesai
Bekas vokalis Exist, Mamat mengakui kini boleh menarik nafas lega selepas dua kes dadah yang menghantuinya sebelum ini sudah pun selesai di mahkamah pada Isnin.