Kata Nia, 34, dia berharap orang ramai dapat mengambil pengajaran daripada insiden terbabit dan mengingatkan agar tidak berasa malu untuk mengaku salah.
“Setiap orang ada masa lalu masing-masing, yang baik mahupun yang buruk. Setiap manusia ada perjalanan hidup mereka sendiri.
“Tak perlu malu dengan diri sendiri dan semoga apa yang terjadi dengan saya sebelum ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar oleh orang di luar sana.
“Kejadian itu turut membawa hikmah yang besar dalam hidup saya. Jangan pernah malu apabila sudah berbuat silap, biarpun seorang figura umum. Tiada manusia yang sempurna,” katanya ketika ditemui Gempak.
Syukur ramai menyokong
Dalam pada itu, Nia turut sempat meluahkan rasa syukur apabila ramai yang memberikan sokongan kepadanya selepas kes terbabit berlaku.
“Selepas kes tersebut, ternyata masih ramai yang memberi sokongan di belakang saya. Ramai yang sayang saya, rasa bersyukur sangat.
Nia berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis gala tayangan filem All Access To Rossa 25 Shining Years yang berlangsung di Plaza Indonesia.
Terdahulu, pada Januari 2022, Nia dan suami Ardi Bakrie dijatuhkan hukuman penjara setahun akibat kes penyalahgunaan dadah.
Pasangan itu telah diarahkan menjalani proses pemulihan di sebuah pusat pemulihan di Cibubur selama 12 bulan. - Gempak