PELAKON popular Indonesia, Nia Ramadhani mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana risau dihalau keluar rumah oleh suaminya, Ardie Bakrie.

Menurut laporan Detik.com, Nia sekarang ini ingin memberi fokus sepenuhnya pada keluarga dan jarang muncul menerusi lakonan di kaca televisyen.

"Saya bahagia hidup bersama keluarga dan anak-anak. Sekarang ini fokus saya pada bidang pengacaraan dan sudah lama saya kurangkan aktiviti lakonan.

"Ini kerana saya risau jika berlakon akan ada adegan bercium dan sudah pasti saya akan dihalau daripada rumah.

"Suami saya juga tidak mengizinkan lagi saya lakonkan adegan seperti itu lagi selepas berkahwin," katanya.

Nia Ramadhani dan suaminya Adriansyah Bakrie telah bernikah pada tahun 2010

Sumber: Detik.com