IPOH: Polis Perak berjaya menahan 1,269 orang kerana pelbagai kesalahan berkaitan dadah seperti membekal, memiliki dan menyalahguna dadah sepanjang Januari tahun ini.
Bilangan itu menunjukan peningkatan hampir 100 peratus berbanding hanya 669 orang bagi tempoh sama tahun lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, selain perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan, peningkatan itu juga adalah usaha polis negeri ini selepas mengisytiharkan jihad terhadap penyalahgunaan dadah mulai tahun ini.
Tegas beliau, penyalahgunaan dadah turut menyebabkan berlaku kegiatan jenayah kecil-kecilan yang berkait rapat dengan golongan penagih dadah tegar.
“Cara dia orang (pengaih dadah tegar) untuk dapatkan bekalan adalah terpaksa melakukan jenayah, dia orang tak ada duit, dengan cara curi sana, pecah rumah sikit, dapat duit beli bekalan.
“Dengan cara inilah, saya rasa kalau kita tegas ke atas mereka-mereka yang terlibat dengan kegiatan dadah ini, kita yakin dan percaya kita dapat menurunkan indeks jenayah di negeri Perak, jadi, ini (yang) kita lakukan sekarang,” kata Mior Faridalathrash.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, pada Rabu.
Pada majlis itu, seramai 149 pegawai dan anggota polis menerima surat penghargaan kecemerlangan dan 12 orang yang menolak menerima rasuah.
Menurutnya, melalui operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak juga berjaya merampas 2,068 kilogram dadah, meningkat 49 peratus, berbanding 679.14 kilogram pada Januari tahun lalu.
Bagi meningkatkan usaha membenteras jenayah terancang berkaitan dadah, kata beliau, seramai 44 orang telah ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Langkah-Langkah Pencegahan) sepanjang bulan lepas, berbanding hanya 4 pada Januari 2021.
Dalam masa sama, Mior Faridalathrash berkata, polis turut menyita lebih RM541,000 harta pengedar dadah berbanding hanya RM41,000, sepanjang Januari tahun lalu.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Feb 23 2022
Datuk Mior Faridalathrash Wahid (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang pegawai polis negeri pada majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di pada Rabu. - Gambar Astro AWANI
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
Kematian Liam Payne: Bedah siasat temui pelbagai jenis dadah - Sumber
Payne sebelum ini pernah mendedahkan bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan.
Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape
Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.827 juta, serta menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 27 hingga 44 tahun antara pukul 6.45 petang hingga 4 pagi.
Perancis: Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup
Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis, adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.