GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di Pulau Pinang dan Kedah yang berselindung di sebalik kerja-kerja penyelenggaraan.
Dalam serbuan itu, 19 individu termasuk seorang sub kontraktor dilantik TM diberkas polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, 11 lelaki ditahan ketika sedang leka mencuri kabel bawah tanah di persimpangan lampu isyarat Jalan Tanjung Bungah, di sini, pada jam 2.40 pagi.
Penahanan tersebut membawa kepada tangkapan lapan individu lain termasuk seorang wanita dalam serbuan di Sungai Petani yang terdiri daripada kumpulan pencuri dan pembeli kabel curi.
“Modus operandi yang digunakan oleh kumpulan ini menggunakan 'main hole' menyamar sebagai petugas penyelengaraan kabel TM untuk mengaburi mata pihak polis, kesemua (berusia) 27 hingga 47 tahun berasal dari Kedah… salah sorang adalah subkontraktor oleh TM, kabel yang dicuri milik TM.
“Ujian saringan air kencing pula mendapati tujuh suspek positif dadah dan semakan rekod jenayah mendapati 14 individu masing masing mempunyai antara dua hingga 12 rekod jenayah dan dadah,” kata Mohd Shuhaily dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, di sini, pada Isnin.
Beliau turut memberitahu, siasatan mendapati suspek melupuskan barangan curi berkenaan di kawasan Sungai Petani dan Kuala Ketil, Kedah.
Katanya, setakat ini, polis masih mengesan seorang lagi lelaki berusia 59 tahun disyaki terbabit dengan sindiket tersebut.
Mohd Shuhaily berkata, dengan penahanan individu tersebut, polis berjaya menyelesaikan 27 kes curi kabel iaitu 17 di Pulau Pinang dan 10 kes di Kedah yang membabitkan kerugian kira-kira RM910,448.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas empat buah kenderaan, 65 batang kabel curi, kon jalan raya, baju keselamatan, pemotong besi, gergaji, tukul besi dan lain-lain.
Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek 27 hingga 47 tahun mendapati tujuh daripada suspek positif syabu, manakala 14 daripada mereka mempunyai antara dua hingga 12 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jan 16 2023
Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain menjelaskan kepada wartawan mengenai hasil tangkapan sindiket mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di Pulau Pinang dan Kedah yang berselindung di sebalik kerja-kerja penyelenggaraan di Pulau Pinang, hari ini.
41 mayat ditemukan selepas perlanggaran udara dekat ibu negara AS - Ketua bomba
Pihak berkuasa menjangkakan dapat menemukan semua mayat insiden perlanggaran udara maut berhampiran Washington DC.
Google Search kini ada permainan mini 'Block Breaker'
Buka sahaja Google Search dan cari Block Breaker, akan ada kad memaparkan permainan ini bersama-sama dengan koleksi permainan yang lain.
Banjir Sarawak terus meningkat, Sabah catat peningkatan kecil jumlah mangsa
Banjir Sarawak semakin memburuk dengan mangsa meningkat kepada 12,486 daripada 3,648 keluarga di 62 PPS, setakat 8 pagi ini.
Persoal usaha bangunkan semula Gaza hujah kurang cerdik, cermin kejahilan moral
Malaysia tidak akan berhenti untuk terus menghulurkan bantuan hanya kerana ada segelintir gerombolan berasa "terlalu jauh" untuk peduli.
Serangan tapak nuklear akan jadi kesilapan besar AS – Iran
Iran akan bertindak balas serta-merta dengan tegas jika tapak nuklearnya diserang kerana tindakan itu boleh sar yang boleh dilakukan oleh Amerika Syarikat.
Pemimpin tertinggi Iran semakin bimbang bahawa Presiden Amerika ketika itu, Donald Trump, dalam penggal keduanya mungkin memberi kuasa kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk menyerang tapak nuklear Iran sambil memperketatkan sekatan terhadap industri minyak negara itu.
Pemimpin tertinggi Iran semakin bimbang bahawa Presiden Amerika ketika itu, Donald Trump, dalam penggal keduanya mungkin memberi kuasa kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk menyerang tapak nuklear Iran sambil memperketatkan sekatan terhadap industri minyak negara itu.
Pesawat kecil terhempas di Philadelphia, mangsa belum dikenal pasti
Sebuah pesawat kecil yang membawa sekurang-kurangnya dua orang terhempas berhampiran sebuah pusat beli-belah di Philadelphia.
Kejadian ini mengakibatkan beberapa mangsa tercedera, menurut laporan media tempatan pada hari Jumaat.
Kejadian ini mengakibatkan beberapa mangsa tercedera, menurut laporan media tempatan pada hari Jumaat.
Dakwaan salah laku Afdlin Shauki: Laporan siasatan dalaman siap minggu depan - Dr Zaliha
"Tidak apa kalau saudara Afdlin mahu menolak dan menafikan tuduhan tersebut, itu hak beliau."
Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Kerajaan kaji impak teknologi ke atas pekerjaan
Kementerian Digital sedang bekerjasama erat dengan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) untuk mengkaji impak teknologi terhadap pekerjaan dan mengenal pasti pekerjaan masa depan.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) akan memainkan peranan dalam kajian tersebut dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) akan memainkan peranan dalam kajian tersebut dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja.
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam pada Jumaat.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Yusri Mat Ghani dalam kenyataan berkata Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden sedang mandi di pantai itu bersama tiga rakan yang lain sebelum dihanyutkan ombak dan arus deras pada kira-kira 6.15 petang.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Yusri Mat Ghani dalam kenyataan berkata Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden sedang mandi di pantai itu bersama tiga rakan yang lain sebelum dihanyutkan ombak dan arus deras pada kira-kira 6.15 petang.
Curi kabel: Polis buru 3 suspek 'Geng Mat Razak'
Ketiga-tiga suspek itu dipercayai terlibat dalam sembilan kes curi kabel sejak awal tahun ini, dengan menyasarkan kabel bawah tanah milik TM.
Curi kabel TM di Pulau Pinang, polis tahan 16 lelaki
Susulan operasi, sekurang-kurangnya lapan kes curi kabel berjaya diselesaikan iaitu di Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan.
Polis berkas 15 individu curi kabel TM di Bintulu
Modus operandi kumpulan ini ialah dengan memotong kabel yang terdedah di tepi jalan, kemudian memasuki terowong tempat penyambungan kabel.
Pemandu lori miliki 16 rekod jenayah ditahan curi kabel TM
Jumlah kabel yang dipotong dianggarkan sebanyak empat batang pelbagai saiz sepanjang 150 meter, dengan anggaran kerugian sebanyak RM6,000.
Empat lelaki termasuk seorang warga India ditahan curi kabel TM
Polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga India kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) dalam serbuan di Shah Alam dan Subang Jaya, semalam.
Curi kabel: Sub kontraktor TM antara 19 individu diberkas
Seramai 11 daripada 19 suspek ditahan ketika sedang leka mencuri kabel bawah tanah di persimpangan lampu isyarat.