AMPANG: Seorang pemandu lori yang memiliki 16 rekod jenayah ditahan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Taman Ampang Utama di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, seorang lelaki yang juga juruteknik berusia 40 tahun telah menerima laporan kerosakan panggilan telefon yang dialami oleh pelanggan pada jam 11.49 pagi.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kabel talian telah dipotong dan dicuri.
"Jumlah kabel yang dipotong dianggarkan sebanyak empat batang pelbagai saiz sepanjang 150 meter, anggaran kerugian RM6,000," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Azam berkata, susulan laporan yang diterima, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di Jalan Hujan Gerimis, Overseas Union Garden, Kuala Lumpur pada jam 11.10 malam, hari sama.
"Polis merampas kunci, lori jenis Mitsubishi, mesin pemotong dan wayar kabel bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata, hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine, ketamin dan amphetamine.
"Semakan mendapati suspek mempunyai 16 rekod lampau jenayah, dua rekod kes dadah dan satu rekod masih dikehendaki atas kesalahan dadah," katanya.
Mohd Azam berkata, siasatan awal mendapati suspek terlibat dengan satu kes di daerah Ampang Jaya dan dua kes di daerah Brickfields, Kuala Lumpur.
"Suspek telah direman empat hari bermula Sabtu hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 21 2024

Seorang pemandu lori yang memiliki 16 rekod jenayah ditahan kerana disyaki mencuri kabel milik TM di Taman Ampang Utama pada Jumaat. -Gambar hiasan

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Inisiatif MISI perkasa pemandu lori India Malaysia untuk tingkatkan peluang kerjaya
Program latihan selama tiga hari itu mendapat sambutan menggalakkan, sekali gus menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap latihan khusus dalam bidang logistik.

Satu jam tahan kesakitan, pemandu lori tersepit dalam nahas di Kuala Krai
Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan jam 6.51 pagi.

Pemandu lori maut rempuh belakang treler
Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan yang dipandunya melanggar bahagian belakang treler di KM132.3 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara, pagi tadi.

Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.

Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan curi buah kelapa sawit terhadap bekas pemandu lori
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengembalikan sabitan terhadap seorang bekas pemandu lori yang telah dibebaskan dengan bon berkelakukan baik selama dua tahun.

Pemandu lori didakwa sembunyi mesin ATM jongkong emas
Seorang pemandu lori didakwa atas pertuduhan menyembunyikan mesin juruwang automatik (ATM) emas Public Gold, baru-baru ini.

Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes lori mengundur secara tiba-tiba dan melanggar sebuah motosikal, mengakibatkan penunggangnya maut.

Polis kesan pemandu lori lawan arus
Polis sedang mengesan pemandu lori yang tular memandu melawan arus di KM 14 Lebuhraya Pasir Gudang sehingga menyebabkan kemalangan pada awal pagi Isnin lepas.

Pemandu lori lakukan amang seksual terhadap anak dipenjara, sebat
Seorang pemandu lori dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak kandung.