Impian Dr Peter Barbor dari Britain untuk melihat hasil kerja datuknya, Arthur Benison Hubback, di negara ini menjadi kenyataan apabila beliau berpeluang melawat dan melihat sendiri masjid yang dibina berdasarkan rekaan arkitek terkemuka itu lebih 106 tahun lepas.
Hubback merupakan arkitek yang bertanggungjawab menghasilkan seni bina Masjid Jamek yang terletak di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak, antara masjid tertua di Kuala Lumpur, pada 1908.
"Semasa kecil, saya sering melihat gambar masjid ini serta memasang angan-angan untuk datang ke negara ini dan melawatnya.
"Sekarang saya sudah berada di sini, ia merupakan satu penghormatan dan saya amat gembira serta teruja, ia sebuah masjid yang cantik, sungguh cantik," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Pelancongan Masjid Peringkat Wilayah Persekutuan 2014 di sini Sabtu.
Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Paimuzi Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Pemuliharaan Warisan dari Institut Arkitek Malaysia Steven Thang Boon Ann.
Masjid Jamek mempunyai unsur seni bina Moor atau Moghul, dan Hubback juga adalah arkitek bagi Bangunan Sultan Abdul Samad, yang terletak di kawasan berhampiran serta berkongsi gaya seni bina sama.
Hubback turut menghasilkan rekaan bagi beberapa bangunan penting lain di Malaysia seperti Stesen Keretapi Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad, Perpustakaan Negeri di Negeri Sembilan dan Anderson School di Ipoh, Perak.
Sementara itu, Paimuzi dalam ucapan beliau berharap seminar dua hari bertema 'Tourism is Dakwah' mampu memberi pendedahan secukupnya kepada peserta yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dan pemandu pelancong.
"Anda memainkan peranan penting bagi menyalurkan maklumat yang betul mengenai sejarah dan seni bina masjid ini kepada pelancong, terutama pelancong asing yang bukan Islam, yang banyak datang melawat masjid ini," katanya.
Beliau juga berkata seminar itu merupakan antara langkah JAWI dalam mempromosi lawatan ke masjid kepada pelancong bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014. -- Bernama
Bernama
Sun May 18 2014

Hubback merupakan arkitek yang bertanggungjawab menghasilkan seni bina Masjid Jamek - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Cucu Hubback teruja lihat seni bina Masjid Jamek
Hubback merupakan arkitek yang bertanggungjawab menghasilkan seni bina Masjid Jamek yang terletak di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak.