Cubaan sebuah bot Barter Trade dari Indonesia menyeludup daun nipah kering bagi dijadikan rokok daun ke negara ini gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang pada Isnin.
Bot yang membawa 8.5 tan daun nipah kering bernilai RM60,000 dari Indonesia itu ditahan ketika berlabuh di Pelabuhan Weld Quay di sini.
Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Superintendan Dimin Awang berkata dalam serbuan itu, pihaknya merampas sebanyak 63 kotak dan 474 beg plastik berisi daun nipah yang dipercayai untuk dijadikan rokok.
Susulan itu, pihaknya menahan lapan kru warga Indonesia berusia 30 hingga 55 tahun dalam Op Gelora pada jam 5 petang itu.
Menurut Dimin, siasatan mendapati bot yang dipercayai dari Pangkalan Dodek di Indonesia itu membawa barangan untuk pasaran negeri ini.
Pihaknya kemudian menyita kapal dan daun nipah berkenaan yang keseluruhannya dianggarkan bernilai kira-kira RM350,000 untuk diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).
Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
Astro Awani
Wed Feb 06 2019

Cubaan sebuah bot Barter Trade dari Indonesia menyeludup daun nipah kering bagi dijadikan rokok daun ke negara ini gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Maqis rampas 800 beg serbuk tanah liat tanpa permit dari India
Pemeriksaan mendapati pihak berkenaan gagal mengemukakan dokumen import permit yang sah bagi pengimportan tanah liat.

Cubaan seludup daun nipah kering gagal
Dalam serbuan itu, pihaknya merampas sebanyak 63 kotak dan 474 beg plastik berisi daun nipah yang dipercayai untuk dijadikan rokok.