SHAH ALAM: Orang awam diminta untuk segera melaporkan insiden kebakaran kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di samping tidak membuat pembakaran terbuka ekoran cuaca panas dan kering yang sedang melanda negara ketika ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, sebarang kejadian yang mencurigakan seperti asap dan api kecil perlu dilaporkan segera bagi mengelakkan ia menjadi lebih besar ataupun merebak.
"Terus maklum pada kita insya-Allah pihak kami akan respon secepat mungkin dan saya harap tiada pihak yang melakukan pembakaran terbuka, kerana takut tidak ada kawalan dan akan merebak," katanya ketika di hubungi Bernama.
Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan, negara ketika ini mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering hingga pertengahan September.
Pada masa yang sama Hafisham berkata, JBPM Selangor sentiasa melakukan rondaan wajib di kawasan yang dikenal pasti menjadi 'titik panas' kebakaran, terutamanya ketika cuaca panas dan kering antaranya di Hutan Simpan Kuala Langat (HSKL) Selatan; HSKL Utara dan kawasan Johan Setia, Klang.
Beliau berkata, pihaknya kini giat menjalankan pemadaman di kawasan dipercayai lokasi pertanian di sekitar Johan Setia sejak Rabu, dan ia kini seolanh-olah menjadi 'rutin' tahunan untuk pihaknya melakukan pemadaman di lokasi itu.
"Sebenarnya sudah selesai padam kebakaran pada Rabu (28 Julai), tapi selepas itu ada kawasan baru yang terbakar. Dipercayai kebakaran berpunca daripada aktiviti pertanian, ditambah dengan cuaca panas kering sekarang ini menyebabkan bacaan Indeks Indeks Pencemaran Udara (IPU) naik mendadak," katanya.
Media melaporkan pada Rabu lalu, IPU tidak sihat tersebut dicatatkan sejak 2 pagi hari berkenaan pada paras 152 sebelum melonjak kepada 191 setakat 1 tengah hari, hari yang sama.
Dalam pada itu, Hafisham berkata Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 555 kes kebakaran hutan sehingga bulan ini, berbanding 279 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Beliau berkata pada tahun ini, pihaknya telah menyelesaikan dua kes kebakaran berskala besar di Hutan Simpan Kuala Langat (HSKL) Selatan, iaitu pada 27 Feb hingga 8 Mac dan 27 hingga 29 Jun lalu membabitkan lebih 200 keanggotaan daripada pelbagai agensi.
Selain itu katanya sebanyak 1,240 kebakaran belukar atau lalang direkodkan untuk tempoh yang sama pada tahun ini berbanding hanya 791 kes tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 31 2021
Negara ketika ini mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering hingga pertengahan September.
Strategi pelaburan Malaysia, depani ketidaktentuan global
Misi Malaysia untuk meneroka peluang ekonomi baharu diteruskan dengan lawatan selama 5 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom.
AWANI Ringkas: SPRM tahan empat lagi pegawai bank
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.
Parlimen Lembah Pantai kumpul dana RM5 juta bantu rakyat tampung kenaikan caj PPUM - Fahmi
Parlimen Lembah Pantai akan mengumpulkan dana RM5 juta tahun ini bagi menampung kenaikan kadar caj perkhidmatan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk golongan memerlukan.
Satu kegagalan jika kita gagal kerjasama depani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
[KOLUMNIS] Melihat dari mata burung; perspektif filem dalam ASEAN
Kementerian Luar melalui Pusat Diplomasi Bahasa & Budaya berpotensi besar untuk menjalankan kerangka yang berstruktur dalam melestari filem dan sinema dalam sebarang usaha diplomasi.
Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
China catat tahun paling panas pada 2024
Bacaan purata kebangsaan pada 2024 adalah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah Celsius melebihi purata tahunan.
Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.
Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.
Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.
Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.
Hospital Putrajaya buat persiapan rapi, siap sedia bantuan perubatan
Pasukan perubatan dengan kekuatan 250 petugas disediakan, dengan petugasnya termasuk daripada beberapa hospital di Lembah Klang.
Seoul catat rekod 'malam tropika' terpanjang dalam 18 tahun
'Malam tropika' berlaku apabila suhu kekal pada 25 Celsius atau lebih tinggi dari 6.01 petang hingga 9 pagi keesokan harinya.
Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.
Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS
Cuaca ekstrem yang melanda ketika ini tidak menjejaskan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan selagi mana harga tidak melambung.
Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat
Berdasarkan statistik, insiden lemas paling tinggi direkodkan di kawasan sungai, pantai dan tasik dan air terjun.