KANGAR: Rata-rata warga emas yang berjaya melengkapkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di negeri ini semalam, menasihatkan golongan itu agar tidak takut dan bimbang untuk menerima vaksin.
Mereka juga berharap agar orang ramai terutamanya warga emas tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu yang tular menerusi media sosial yang mendakwa suntikan kedua vaksin bermasalah sehingga menyebabkan komplikasi kepada penerima.
Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam kenyataan sebelum ini menyifatkan bahawa kenyataan itu tidak benar dan menyaran orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat sedemikian yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.
Shukor Shamsuddin, 74, dari Taman Guru Jaya mengajak orang ramai agar segera mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 kerana vaksin yang diberikan adalah selamat.
Malah, bekas Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis itu yang merupakan antara 1,000 warga emas yang menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan 2020 di sini semalam berkata, beliau tidak merasa sakit semasa atau selepas menerima kedua-dua dos suntikan.
Bekas pemain bola sepak Perlis Salim Muhamad, 72, turut merayu agar orang ramai tidak terpengaruh dengan berita palsu dan segera mendaftar kerana ia bukan hanya melindungi diri malah turut sama membantu orang lain dalam membentuk imuniti kelompok.
Bekas pemandu lori Suban@Ani Hassan, 73, dari Nesam, Bintong pula berkata: "Pada pemikiran saya, kalau tidak membuat suntikan, lebih mudah terkena COVID-19, dan jika disahkan positif penyakit itu, ia bukan sahaja mengancam nyawa sendiri, tetapi juga nyawa ahli keluarga, jiran tetangga serta masyarakat umumnya".
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 11 2021

Rata-rata warga emas yang berjaya melengkapkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di negeri ini semalam, menasihatkan golongan itu agar tidak takut dan bimbang untuk menerima vaksin. -Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Warga emas terpelanting tujuh meter disondol lembu
Beberapa penduduk yang cuba membantu mangsa terpaksa berundur kerana haiwan berkenaan masih dalam keadaan agresif.

Wanita warga emas disyaki curi wang majlis kahwin direman empat hari
Turut direman bersama suspek ialah seorang lelaki yang juga warga emas berusia 62 tahun dipercayai rakannya untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.

Ibu temui ajal ketika hantar anak ke hospital
Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 2 petang melibatkan lori Isuzu dengan kereta Perodua Axia.

Dua remaja langgar lari wanita warga emas
Hasil siasatan mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang menunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen.

Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas
Insiden terjatuh dalam kalangan warga emas sering kali diabaikan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan 684,000 kematian akibat jatuh berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.