KUCHING:Kerajaan Sarawak akan memberikan vaksin COVID-19 kepada penduduk negeri itu secara percuma.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, malah kerajaan negeri bersedia untuk membayar kos dua dos vaksin berkenaan yang dianggarkan berharga RM77.
Tegasnya, kesediaan itu adalah disebabkan kerajaan negeri yang ditadbir Gabungan Parti Sarawak (GPS) mementingkan kesejahteraan rakyat Bumi Kenyalang.
"Maka kami dalam kerajaan telah memutuskan bahawa akan memberi vaksin percuma kepada rakyat Sarawak.
"Kita jangkakan kos vaksin ini berharga RM77 untuk dua dos tidak termasuk kos penghantaran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) di Kuching pada Rabu.
Abang Johari menambah, kerajaan negeri telah membelanjakan sekitar RM100 juta untuk proses kuarantin rakyat Sarawak yang kembali ke negeri itu dalam usaha mengekang penyebaran COVID-19.
Katanya, ia termasuk kos makanan dan penginapan sepanjang 14 hari kuarantin wajib bagi rakyat negeri itu.
BACA: COVID-19: Semua rakyat Sarawak akan diberi vaksin - Douglas Uggah
Azizah Alwi
Wed Dec 23 2020

Abang Johari berkata, kerajaan negeri bersedia untuk membayar kos vaksin berkenaan.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Vaksin: Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.

Vaksin Tdap percuma kepada ibu hamil langkah kesiapsiagaan lindungi golongan rentan
Ia dilihat sebagai langkah kesiapsiagaan negara untuk melindungi golongan rentan termasuk bayi, daripada dijangkiti pertussis (batuk kokol).

Selangor beri 1,500 vaksin percuma bagi jemaah haji
Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam akan meneruskan Program Vaksin Selangor (SELVAX) dengan memberikan 1,500 vaksin Pneumokokal percuma khusus kepada jemaah haji negeri itu.

Thailand cadang beri suntikan penggalak percuma untuk pelancong
Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand bercadang untuk memberi suntikan penggalak vaksin COVID-19 secara percuma kepada pelawat asing.

Malaysia tidak layak terima vaksin percuma, diskaun - Khairy
Malaysia tidak tersenarai untuk terima vaksin percuma atau diskaun kerana dikategorikan sebagai negara berpendapatan menengah ke atas.

Thailand pertahan keputusan tidak sertai Covax
Kerajaan Thailand mempertahankan keputusannya untuk tidak menyertai inisiatif vaksin COVID-19 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau dikenali sebagai Covax.

Vaksin percuma: Kita tidak selamat sehinggalah semua orang selamat - Khairy
Malaysia mempunyai kira-kira tiga juta warga asing yang berkemungkinan menyebabkan virus itu merebak dan menjangkiti penduduk.

COVID-19: Rakyat Jepun akan terima vaksin percuma
Media antarabangsa melaporkan, vaksin ke atas semua penduduk akan diwajibkan.