SHAH ALAM: Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam akan meneruskan Program Vaksin Selangor (SELVAX) dengan memberikan 1,500 vaksin Pneumokokal percuma khusus kepada jemaah haji negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita serta Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata pemberian vaksin kepada jemaah haji bertujuan melindungi mereka, dan mencegah daripada mendapat jangkitan paru-paru ketika menunaikan ibadah haji.
"Sebanyak 1,500 dos vaksin akan diberikan kepada jemaah haji Selangor yang bakal hadir ke Kursus Haji Perdana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, esok," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pra-pendaftaran telah dibuka bermula hari ini melalui aplikasi Selangkah.
"Bagi jemaah yang mengalami kesukaran mendaftar secara atas talian, kaunter pendaftaran turut akan disediakan di tapak program, esok. Jemaah haji yang tinggal di luar Shah Alam amat digalakkan untuk mendapatkan vaksin pada hari yang dinyatakan.
"Jemaah yang tinggal di Shah Alam atau kawasan berdekatan boleh mendapatkan vaksin Pneumokokal itu secara percuma di Klinik Selcare Universiti Selangor, di sini bermula 8 Mei sehingga 15 Jun 2023 antara 9 pagi hingga 5 petang," katanya.
Dr Siti Mariah berkata tutorial pra-pendaftaran boleh ditonton menerusi pautan: https://vt.tiktok.com/ZS8KXbUev/ dan sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian hotline Selcare 1-800-22-6600.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
![Selangor beri 1,500 vaksin percuma bagi jemaah haji Selangor beri 1,500 vaksin percuma bagi jemaah haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-07/81499244484_JemaahHaji.jpg)
1,500 dos vaksin akan diberikan kepada jemaah haji Selangor yang bakal hadir ke Kursus Haji Perdana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam pada Ahad. - Fail/Astro AWANI
Kerajaan Madani insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Perdana Menteri menerima suara rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap susulan kekalahan calon Gabungan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung di kawasan itu, pada Sabtu.
![Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706680207_scam.jpg)
Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900.
Polis tahan dua lelaki, rampas ganja bernilai lebih RM25,000
Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis ganja bernilai lebih RM25,000 dalam serbuan di Cyberjaya dan Dengkil, Selangor, pada Jumaat.
Dr Abdul Majid Tokoh Maal Hijrah Selangor
Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Dr Abdul Majid Omar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu.
![Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314937_Portlumbaharam.jpg)
Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur
Lokasi terbabit bukan sahaja menjadi tumpuan anak tempatan di sekitar malah turut didatangi individu dari luar daerah Klang.
![Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314538_Flood.jpg)
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
![Hari terakhir rebut tawaran menarik di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur Hari terakhir rebut tawaran menarik di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720316150_ProgramMADANIRakya.jpg)
Hari terakhir rebut tawaran menarik di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur
Tumpuan hari ini pastinya terarah kepada program pertukaran topi keledar lama di reruai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
![Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720314248_Tourists.jpg)
Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula
Pelancong dilihat sanggup beratur dalam barisan yang panjang sementara lapangan terbang perlahan-lahan kembali ke mod operasi.
![Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720223563_tbIsraelimilitary.jpg)
Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan
Hamas telah menggugurkan tuntutan agar Israel terlebih dahulu melakukan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian itu.
![PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720312434_KeirStarmer.jpg)
PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda
Dasar Rwanda akan dibatalkan kerana hanya kira-kira 1 peratus pemohon suaka akan dikeluarkan dan ia akan gagal bertindak sebagai penghalang.
![Ambang tahun baharu: Selangor anjur program doa Palestin merdeka Ambang tahun baharu: Selangor anjur program doa Palestin merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41704000234_TBAMBANG.jpg)
Ambang tahun baharu: Selangor anjur program doa Palestin merdeka
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu sebagai tanda solidariti rakyat Selangor kepada penduduk Palestin.
![Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939432_AmirudinShari.jpg)
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
![Selangor komited perkasa pendidikan, Israk Solutions suntik sinergi Selangor komited perkasa pendidikan, Israk Solutions suntik sinergi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689932882_IsrakACE.jpg)
Selangor komited perkasa pendidikan, Israk Solutions suntik sinergi
Syarikat berstatus ISO 9001, Israk Solutions Sdn Bhd optimis menjalinkan kerjasama membangunkan sektor pendidikan khususnya di Selangor.
![Isu Pangsapuri Harmoni 1: Pemaju janji, tetapi tiada kepala surat Isu Pangsapuri Harmoni 1: Pemaju janji, tetapi tiada kepala surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678867659_PangsapuriHarmoni.jpg)
Isu Pangsapuri Harmoni 1: Pemaju janji, tetapi tiada kepala surat
Janji dikemukakan syarikat pemaju menerusi jurucakap pemaju hartanah bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kepala surat.
![Roboh Stadium Shah Alam masih dalam perbincangan Roboh Stadium Shah Alam masih dalam perbincangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71656748420_TBStadiumShahAlam.jpg)
Roboh Stadium Shah Alam masih dalam perbincangan
Cadangan dan perancangan masa depan Stadium Shah Alam akan diumumkan pada 16 Julai ini.
![Sambutan Tahun Baharu Cina kekal dirai secara dalam talian Sambutan Tahun Baharu Cina kekal dirai secara dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641794063_950x600.jpg)
Sambutan Tahun Baharu Cina kekal dirai secara dalam talian
Para penonton dijemput mengambil bahagian dalam pelbagai peraduan dalam talian dengan mengikuti arahan juruacara bagi memenangi angpau berjumlah RM10,000.
![Nyahwarta HSKLU: Masih banyak penelitian perlu dilakukan - Aktivis alam sekitar Nyahwarta HSKLU: Masih banyak penelitian perlu dilakukan - Aktivis alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51630403231_HutanSimpanKualaL.jpg)
Nyahwarta HSKLU: Masih banyak penelitian perlu dilakukan - Aktivis alam sekitar
Pada awal Februari 2020, Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan menyahwartakan 931.17 hektar daripada 957.63 hektar keluasan HSKLU.
![Meskipun mencabar, penduduk Lembah Klang siap sedia berdepan gangguan air Meskipun mencabar, penduduk Lembah Klang siap sedia berdepan gangguan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51607434389_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Meskipun mencabar, penduduk Lembah Klang siap sedia berdepan gangguan air
Situasi terputus bekalan air bukan kali pertama berlaku, cuma kali ini, pihak pengurusan Air Selangor membuat pengumuman lebih awal.
![Penduduk Selangor dibenarkan makan dan minum dalam restoran mulai esok Penduduk Selangor dibenarkan makan dan minum dalam restoran mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71584671797_TBMBJOHOR.jpg)
Penduduk Selangor dibenarkan makan dan minum dalam restoran mulai esok
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata orang ramai harus mematuhi penjarakan sosial.
![COVID-19: Selangor tubuh pasukan khas, diketuai Dr Dzulkefly Ahmad COVID-19: Selangor tubuh pasukan khas, diketuai Dr Dzulkefly Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41582024314_DzulkeflyAhmad.jpg)
COVID-19: Selangor tubuh pasukan khas, diketuai Dr Dzulkefly Ahmad
Kerajaan Selangor menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau, mengawas dan memberi pendidikan kepada rakyat berhubung jangkitan COVID-19 di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.