Kerajaan Selangor menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau, mengawas dan memberi pendidikan kepada rakyat berhubung jangkitan COVID-19 di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata pasukan khas itu diketuai bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan dibantu empat individu profesional yang pernah bekerjasama dengannya di kementerian berkenaan sebelum ini selain wakil daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).
Amirudin berkata objektif penubuhan pasukan khas itu adalah untuk membantu JKNS supaya mereka dapat memberi lebih fokus terhadap rawatan pesakit COVID-19 di hospital terlibat.
"Pasukan khas atau 'task force' ini diwujudkan dalam satu mesyuarat khas pagi tadi bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat dibendung memandangkan 60 peratus daripada 117 kes yang direkodkan sehingga semalam menetap di Selangor.
"Kita akan menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) bagi membantu menjejak kontak individu yang dijangkiti virus COVID-19 dan maklumat ini akan dikongsikan dengan pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Pengarusperdanaan Gender Negeri Selangor, di sini hari ini.
Tambah Amirudin lagi, pasukan khas itu juga akan membentangkan pelan tindakan yang bakal dilaksanakannya kepada kerajaan negeri Khamis ini, meliputi penyebaran maklumat mengenai COVID-19 terhadap orang ramai.
Pada masa sama, beliau turut menyarankan penganjur program melibatkan himpunan orang ramai di Selangor supaya menyediakan cecair pembasmi kuman, penutup hidung dan mulut serta taklimat mengenai jangkitan COVID-19 berkenaan.
"Kita tidak mahu mencetuskan kegusaran awam dengan mengeluarkan arahan pembatalan semua acara melibatkan penyertaan awam tetapi kerajaan negeri akan mengeluarkan garis panduan bagi memastikan keselamatan orang ramai di majlis sedemikian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 10 2020
![COVID-19: Selangor tubuh pasukan khas, diketuai Dr Dzulkefly Ahmad COVID-19: Selangor tubuh pasukan khas, diketuai Dr Dzulkefly Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41582024314_DzulkeflyAhmad.jpg)
Pasukan khas itu diketuai bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan dibantu empat individu profesional yang pernah bekerjasama dengannya di kementerian berkenaan. - Gambar fail/Astro AWANI
![THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491696_THT.jpg)
THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.
![Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491200_TFC.jpg)
Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
![Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739000056_AmirudinShari.jpg)
Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
![Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738965863_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
![Selangor mulakan pengajian STEM berasaskan al-Quran tahun ini - MB Selangor mulakan pengajian STEM berasaskan al-Quran tahun ini - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738397768_AmiruddinShari.jpg)
Selangor mulakan pengajian STEM berasaskan al-Quran tahun ini - MB
Kerajaan Selangor akan mula menerapkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berasaskan al-Quran di sekolah agama tahun ini.
![Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737958951_tbAmirudinShari.jpg)
Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut bagi menangani isu pindah milik tanah berkenaan secara menyeluruh.
![Kerajaan pastikan harga terus terkawal menjelang Tahun Baharu Cina - MB Selangor Kerajaan pastikan harga terus terkawal menjelang Tahun Baharu Cina - MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737891387_tbawani.jpg)
Kerajaan pastikan harga terus terkawal menjelang Tahun Baharu Cina - MB Selangor
Orang ramai digesa untuk membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang masih ingkar, atau sengaja tidak mempamerkan harga jualan.
![Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737872897_tbawani.jpg)
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
![SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737609361_TBAmirudin.jpg)
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
![Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737608280_TBAmirudin.jpg)
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
![Selangor jadi negeri contoh kembang sektor berasaskan teknologi dan inovasi Selangor jadi negeri contoh kembang sektor berasaskan teknologi dan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734337154_tbAmirudinShari.jpg)
Selangor jadi negeri contoh kembang sektor berasaskan teknologi dan inovasi
Program AI Trailblazers antara langkah strategik kerajaan negeri dalam mendukung Malaysia menjadi pesaing dalam ekonomi global.
![Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025 Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735344891_TBberselawat.jpg)
Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025
Pelaksanaan berterusan festival merupakan antara usaha kerajaan negeri menyuburkan agama Islam di samping membangunkan sisi rohani rakyat.