Vaksin bagi COVID-19 dijangka akan dapat disiapkan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan, sekiranya proses penyediaannya di China berjalan dengan lancar, menurut pakar perubatan dari China.
Doktor, penyelidik pacsa kedoktoran Universiti Sun Yat-sen di China, Sun Jiufeng berkata republik itu sedang membangunkan dua vaksin berbeza, dengan kedua-duanya kini di peringkat percubaan klinikal, yang dijangka siap pada bulan Mei atau Jun nanti.
Beliau berkata sebaik sahaja keputusan fasa kedua disiapkan, mereka akan masuk ke fasa ketiga percubaan klinikal, yang mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang untuk disiapkan dan melibatkan sukarelawan.
"Ketika ini seluruh dunia sedang berusaha keras untuk menghasilkan vaksin berkenaan, dan jika semuanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat lihat vaksin itu siap digunakan menjelang hujung tahun ini atau awal tahun depan.
"Bagaimanapun bagi penggunaan sebenar vaksin ini, memandangkan permintaannya amat tinggi, kita boleh katakan bahawa vaksin itu pastinya boleh digunakan oleh pesakit, tahun depan," katanya menerusi penterjemah dalam satu temu ramah eksklusif bersama dengan Bernama dan media The Star di pejabat kedutaan China pada Sabtu.
Sun berkata pasukannya telah mengadakan perbincangan dengan pihak Malaysia, yang menunjukkan minat yang tingi untuk turut serta dalam proses penyediaan vaksin itu di China, terutama dalam fasa ketiga percubaan klinikal.
"Sekiranya kita benar-benar bekerjasam dalam perkara ini, tidak syak lagi ia akan dapat mencepatkan penghasilan vaksin itu, dan turut membawa banyak manfaat kepada Malaysia dalam tempoh masa yang pantas," tambahnya.
Turut hadir dalam sesi temu ramah itu ialah ketua doktor, profesor dan penyelia pascasiswazah Perubatan Kecemasan Bersepadu China dan Barat, Li Jun, serta profesor bersekutu, penyelia pascasiswazah, ketua doktor bersekutu ICU, Hospital Rakyat Wilayah Guangdong, Wen Miaoyun.
Sementara itu Li berkata ketika ini banyak perbahasan telah timbul mengenai rawatan alternatif untuk COVID-19, yang jelas tidak menunjukkan bukti klinikal mengenai keberkesanannya.
Bagaimanapun menurutnya ubat tradisional China banyak digunakan bagi merawat pesakit COVID-19 di negara republik itu, dan telah dibuktikan agak efektif.
"Kami telah berkongsi pengalaman mengenai keberkesanan rawatan ini dengan rakan sekerja dari Malaysia. Kami harap sekiranya keadaan mengizinkan, Malaysia akan memperkenalkan ubat tradisional China ini dalam merawat COVID-19 secepat mungkin untuk membawa manfaat kepada pesakit.
"Setiap rawatan tertentu ada perbezaannya, bergantung kepada pesakit dan keadaan.., jadi kami mengunakan kaedah perubatan yang berbeza bagi setiap pesakit, dan memastikan mereka sesuai dengan keadaan berkenaan," tambahnya.
Pasukan lapan profesional perubatan dari China itu tiba di Kuala Lumpur pada 18 April dan telah menemui pakar tempatan termasuk ketua pengarah perubatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini.
Semalam Dr Noor Hisham dilaporkan berkata pakar perubatan dari China itu memuji tindakan pantas dan efektif Malaysia terhadap pandemik COVID, termasuk dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 02 2020
Vaksin bagi COVID-19 dijangka akan dapat disiapkan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan, sekiranya proses penyediaannya di China berjalan dengan lancar, menurut pakar perubatan dari China. - Gambar hiasan
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China
Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Enam pelajar SM Imtiaz Kuala Berang rangkul dua emas pertandingan inovasi di China
Enam pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang meraih dua pingat emas dalam International Innovative Technology Summit (ITTS) 2024 di Beijing, China baru-baru ini.
Spesifikasi kapal kargo angkasa lepas Haolong oleh China kini diketahui
Haolong akan dilancarkan menggunakan roket sebelum meneruskan perjalanan ke Tiangong.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai di China
Suspek menggunakan kenderaan lasak kecilnya untuk merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan sebelum melanggar orang ramai yang sedang bersenam.
Indonesia, China setuju perkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan
Indonesia dan China bersetuju untuk memperkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.