LUMUT: Trend mempersendakan suntikan dos penggalak COVID-19 atau 'troll' di media sosial dipercayai menjadi satu daripada punca orang ramai kurang berminat untuk mengambil vaksin tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata setakat ini dos penggalak adalah mencukupi namun kurang mendapat sambutan berbanding suntikan vaksin COVID-19 sebelum ini.
"Ramai yang terlibat dalam 'troll' dengan mendakwa dos penggalak ini merosakkan (kesihatan badan), mereka buat main-main, sedangkan dos itu diberikan berdasarkan kajian demi kajian oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memutuskan rantaian COVID-19 ini sebaik mungkin.
"Kita berharap supaya pihak terlibat menghentikan tindakan mereka supaya usaha kerajaan menghentikan jangkitan COVID-19 dapat dilakukan sebaik mungkin," katanya pada sidang media selepas menyertai Operasi Tahun Baharu Cina 2022 (Ops Hu - Harimau) Jabatan Kesihatan Perak di sebuah pasar raya di sini pada Jumaat.
Mohd Akmal berkata hanya 42 peratus atau kira-kira 711,000 individu dewasa di Perak yang telah mengambil dos penggalak, setakat 26 Jan lepas.
Katanya, ia jauh berkurangan berbanding mereka yang mengambil dos pertama vaksin iaitu sebanyak 75 peratus atau hampir 1.8 juta orang manakala dos kedua atau lengkap sebanyak 74 peratus.
Mengulas mengenai Ops Hu - Harimau bermula 16 Jan lepas hingga Ahad ini, Mohd Akmal berkata sehingga hari ini sebanyak 231 premis di negeri itu sudah diperiksa.
Daripada jumlah itu, sebanyak 141 notis dikeluarkan dan kompaun bernilai RM31,400 ditawarkan kepada peniaga terlibat.
"Sebanyak 41 premis makanan turut diperiksa dengan tujuh notis dikeluarkan manakala nilai kompaun berjumlah RM23,500 ditawarkan kepada peniaga terlibat.
"Antara kesalahan dilakukan oleh peniaga makanan ialah ada yang tidak divaksin, tidak menghadiri kursus diwajibkan, memakai cincin atau perhiasan diri yang boleh memudaratkan makanan, tidak memakai apron serta aspek kebersihan premis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022
Mohd Akmal berkata ramai yang terlibat dalam 'troll' dengan mendakwa dos penggalak ini merosakkan (kesihatan badan). - Foto BERNAMA
TMJ dijemput sebagai tetamu khas Presiden PSG di Doha
Tunku Mahkota Ismail hadir mewakili Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perbincangan bersama pengurusan tertinggi PSG.
Guru pondok, madrasah Pahang terima bantuan khas RM1,000 seorang
Pengagihan bantuan itu bermula Khamis lalu dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang penghujung Januari ini.
Harga biji kopi meningkat, pemilik kafe perlu kaji semula penetapan harga
Kos biji kopi dijangka terus meningkat pada 2025 disebabkan keadaan cuaca buruk dan kekurangan bekalan.
Penduduk Orang Asli harap projek jalan bersepadu dilaksanakan segera
Komuniti Orang Asli di Gua Musang, termasuk Pos Bihai, Pos Balar, dan Pos Belatim, memohon projek jalan ditingkatkan bagi memudahkan akses harian selepas musim tengkujuh.
Titah Adendum: Rayuan Najib didengar esok
Pendengaran yang pada asalnya dijadualkan pada 5 Dis tahun lalu akan dimulakan pada pukul 9 pagi di hadapan panel tiga hakim.
ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin di WTKL
Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan dan kecederaan.
Kemelut kewangan Barcelona buat masa depan Dani Olmo tersepit
Pemain itu menyertai kelab itu dari RB Leipzig dalam perjanjian bernilai AS$60 juta (RM270j) pada musim panas lalu.
Kelincahan Savinho pastikan Manchester City kembali memukau
The Citizens memulakan 2025 dengan kemenangan selesa di Stadium Etihad, meraih kemenangan berturut-turut EPL.
AWANI Ringkas: Berjaya tingkatkan gaji pekerja swasta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ini tidak adil, kata Arteta
Mikel Arteta meluahkan kekecewaannya terhadap hukuman sepakan penalti yang dilabelnya keras ketika Arsenal seri 1-1 di Brighton.
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
COVID-19: 'Troll' punca orang ramai kurang berminat dapatkan dos penggalak
Setakat ini dos penggalak adalah mencukupi namun kurang mendapat sambutan berbanding suntikan vaksin COVID-19 sebelum ini.
Twitter Mariah Carey digodam, penuh ciapan rasis
Penyanyi Mariah Carey mengakhiri tahun 2019 dengan kisah malang apabila akaun Twitter miliknya, @MariahCarey digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada 31 Disember lalu.
Barcelona 'troll' Manchester United
Bukan sahaja penyokong Liverpool, malah kelab Barcelona sendiri mengambil peluang untuk 'troll' Manchester United.
'Ada, WhatsApp banyaklah' - Muhyiddin jawab sindiran Najib
Muhyiddin berkata demikian bagi menjawab sindiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Photoshop yang gagal, kasut PM Australia jadi bahan jenaka
Jurucakap Scott Morrison memaklumkan tiada kelulusan atau kebenaran diberikan untuk gambar itu disunting.
'Saya punya #kipidap lagi popular daripada Ahmad Maslan' - Rani Kulup
Facebook 'troll' Abdul Rani Kulup Abdullah dilihat lebih popular daripada yang dimiliki Datuk Ahmad Maslan kerana pengajaran yang terkandung di dalam laman itu sendiri.
Siapa report 'page' Facebook aku? - admin Amran Fans
"Tergamak betul korang report page Amran. Korang memang hendak Amran jadi jahat balik, kan?" - admin Amran Fans.