Penggunaan sistem 'Autogate' dan 'E-gate' di semua pintu masuk seluruh negara ditutup sementara bermula hari ini sebagai langkah menangani penularan jangkitan COVID-19.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud bagaimanapun berkata tindakan itu tidak akan menjejaskan kemasukan pelancong ke dalam negara ini.
"Ya (autogate) ditutup sementara dan ia tidak jejaskan kemasukan. Ia (penutupan) untuk tujuan kawalan yang lebih ketat dalam menangani penularan virus COVID-19 dan kita akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam isu itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
BACA: COVID-19: Malaysia catat 14 lagi kes
BACA: COVID-19: Tidak perlu sampai tutup pejabat - Dr Noor Hisham
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang surat arahan Jabatan Imigresen Malaysia kepada Pengarah Imigresen Negeri yang tular di media sosial dengan meminta mereka menutup sementara penggunaan sistem 'Autogate' dan 'E-gate ekoran penyakit itu.
Hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 14 kes baharu COVID-19 lagi dikesan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat ke 50 kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 04 2020
Petugas pembersihan mengelap mesin pengimbas muka di KLIA dengan cecair sanitasi sebagai satu langkah pencegahan daripada penularan jangkitan COVID-19. - BERNAMA
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam
Mereka memerlukan seseorang yang mempunyai disiplin tinggi dan berdedikasi untuk membawa pemain badminton negara ke tahap lebih tinggi.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
COVID-19: Sistem 'autogate' di pintu masuk negara ditutup sementara
Penggunaan sistem 'Autogate' dan 'E-gate' di semua pintu masuk seluruh negara ditutup sementara bermula hari ini sebagai langkah menangani penularan jangkitan COVID-19.