PASIR MAS: Seorang wanita yang sedang hamil lima bulan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai pada Ahad akibat jangkitan COVID-19.
Nor Asiah Shukri, 32, yang merupakan ibu kepada dua anak berusia 12 dan 7 tahun itu meninggal dunia pada jam 2.05 petang pada Ahad.
Ibunya, Karimah Ismail, 51, berkata, sebelum disahkan dijangkiti COVID-19, Nor Asiah mempunyai gejala batuk manakala anak sulung arwah Mohamad Afiq Asyraf Mohd Zairi, 12, mengalami demam selama beberapa hari.
"Susulan itu, Nor Asiah telah menjalani ujian saringan COVID-19 di Hospital Pasir Mas pada 21 Ogos lalu dan kemudian disahkan positif COVID-19," katanya yang tinggal di Kampung Sri Bayu di sini.
Menurutnya, semua ahli keluarga telah membuat ujian saringan selepas itu dan suami arwah, Mohd Zairi, 34, serta dua anak turut disahkan positif COVID-19.
Kata Karimah, beberapa ahli keluarganya turut dijangkiti COVID-19 dan ada yang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) serta di rumah.
Karimah berkata, Nor Asiah kemudian telah dihantar ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke HSIP pada hari yang sama iaitu 21 Ogos.
"Bagaimanapun, tahap oksigen Nor Asiah dikatakan menurun sebelum dibawa ke HSIP untuk rawatan susulan dan dimasukkan ke ICU selepas tiga hari di wad biasa.
"Ketika di ICU keadaan arwah semakin membimbangkan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya," katanya.
Karimah memberitahu, Nor Asiah sudah menerima vaksin dos pertama dua minggu lalu dan menunggu untuk mendapatkan vaksin bagi dos kedua.
"Anak saya juga tidak pergi ke merata tempat dan hanya keluar mendapatkan vaksin dua minggu lalu.
"Arwah dan suaminya yang bekerja sendiri hanya meninjau pekerjanya melakukan kerja di sawah berdekatan rumah mereka sahaja. Sehingga sekarang kami buntu dari mana jangkitan COVID-19 itu berlaku," katanya.
Karimah berharap, masyarakat terus patuh prosedur operasi standard (SOP) kerana COVID-19 amat bahaya.
Katanya, dia kehilangan anak perempuan dan bakal cucunya sekelip mata.
"Sebelum ini hanya tengok di media sosial dan televisyen pengebumian jenazah COVID-19 tetapi sekarang berlaku kepada anak sendiri.
"Betapa bahayanya COVID-19 kerana ia merebak dengan cepat," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Aug 30 2021
![COVID-19 ragut nyawa wanita hamil lima bulan COVID-19 ragut nyawa wanita hamil lima bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81630360695_TBMAUT.jpg)
Karimah berkongsi gambar terakhir anak perempuannya yang dikebumikan di Kampung Banggol Kemiang, Pasir Mas. Gambar kecil: Nor Asiah. - Foto Sinar Harian
![Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/51482503138_budaksekolahmotor.jpg)
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
![Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684818102_RubiahWang.jpg)
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
![Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
![Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027 Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720094373_Flag.jpg)
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
![China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107136_OrganizationSCOs.jpg)
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
![Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
![TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719815159_DrRolandVictorMD.jpg)
TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.
![Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719670940_TBUnggah.jpg)
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
![KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719648068_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
![Dulu jurutera, sekarang usahawan cili Dulu jurutera, sekarang usahawan cili](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719073622_PetaniASrinath.jpg)
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
![Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718882192_SITINURHIDAYAHSHA.jpg)
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717830160_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly
Rakyat kini berada di fasa hidup bersama virus COVID-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717763456_AlexanderNantaLing.jpg)
Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan keseluruhan RM162 juta untuk tujuh projek pembangunan infrastruktur di pulau bebas cukai ini bagi tahun 2024.
![WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710051042_TBLukanismanAwangS.jpg)
WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.
![Selangor yakin capai negeri sifar miskin tegar Julai ini - Amirudin Selangor yakin capai negeri sifar miskin tegar Julai ini - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717063170_AmirudinShari.jpg)
Selangor yakin capai negeri sifar miskin tegar Julai ini - Amirudin
Kerajaan Selangor yakin sasaran menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu pada Julai ini boleh dicapai, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.