KUALA LUMPUR: Pendapatan sektor muzium menurun dengan jumlah pengunjung merosot sehingga melebihi 70 peratus pada tahun 2020 dan 2021 susulan pandemik COVID-19, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri hari ini.
Beliau berkata, sehubungan itu Pameran Keajaiban Taksedermi: Kehidupan Abadi & Pelancaran Kempen Derma Artifak oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) diadakan bagi menggalakkan orang ramai kembali melawat muzium selaras dengan slogan kementerian itu Coming Back Stronger.
"Ia bagi memastikan sektor pelancongan dan kebudayaan dapat pulih dan bangkit semula selepas pandemik COVID-19. Muzium merupakan antara produk pelancongan budaya yang berpotensi untuk menjana ekonomi negara.
Pada tahun 2019, JMM menerusi 22 buah muzium dan pamerannya berjaya mengutip hasil pendapatan sebanyak RM3.708 juta, meningkat sebanyak 42.5 peratus dari tahun sebelumnya. Kenaikan ini selari dengan jumlah pengunjung muzium pada tahun itu yang mencecah 2.782 juta orang," katanya ketika melancarkan program itu di sini hari ini.
Taksidermi merupakan suatu bidang kepakaran muzium khusus dalam mengawet pelbagai jenis haiwan untuk dipamerkan bagi tujuan pendidikan dan penyelidikan.
Nancy berkata sebanyak 126 koleksi fauna terpilih dipamerkan melibatkan spesimen mamalia, reptilia, avian, amfibia, ikan, skeleton dan tengkorak gajah asia serta tarikan utama, seekor badak sumatra berusia 120 tahun yang telah diisytiharkan pupus di Malaysia.
Sementara itu, katanya, sebagai menteri yang bertanggungjawab beliau akan terus menyokong usaha JMM untuk membangunkan muzium sejarah alam sejak diluluskan kabinet pada 1989 supaya tidak ketinggalan dengan negara serantau seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam.
Pada majlis sama Nancy turut melancarkan Kempen Derma Koleksi (KDK) anjuran JMM yang menyasarkan masyarakat untuk menyumbang artifak persendirian yang mempunyai nilai sejarah, seni, budaya dan alam semula jadi kepada pihak muzium.
"Usaha menyimpan dan melindungi artifak yang bernilai tinggi kepada negara daripada risiko kehilangan, kerosakan dan kemusnahan adalah selari dengan tiga teras Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) iaitu pemuliharaan warisan, pembangunan dan pengembangan serta pemerkasaan budaya," katanya.
Sementara itu Ketua Pengarah JMM Datuk Kamarul Baharin A. Kassim berkata dalam tempoh lima tahun lepas, JMM telah menerima sebanyak 1,120 koleksi sumbangan orang awam dan KDK dijadualkan untuk program jelajah ke Kelantan, Kedah dan Perak pada tahun hadapan.
Beliau berkata penderma koleksi layak mendapat inisatif pengecualian cukai berdasarkan kepada pengesahan nilai koleksi oleh Ketua Pengarah JMM sepertimana yang diperuntukkan menerusi Akta Cukai Pendapatan 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021
Muzium merupakan antara produk pelancongan budaya yang berpotensi untuk menjana ekonomi negara. - Gambar fail
Rusia-Ukraine: Perlu lakukan semua termampu tamatkan perang tahun depan - Zelensky
Presiden Volodymyr Zelenskiy berkata, Ukraine mesti melakukan semua yang termampu untuk memastikan perang dengan Rusia berakhir tahun depan melalui diplomasi.
Kabinet Trump: Komuniti islam A.S sokong Trump kecewa kabinet dipenuhi pro Israel
Islam Amerika Syarikat yang menyokong Republikan Donald Trump untuk membantah Pentadbiran Biden terhadap perang di Gaza dan Lubnan, berasa kecewa dengan pilihan kabinet Trump.
Dua lagi anggota paramedik maut dibunuh Israel di Lubnan
Sekurang-kurangnya dua anggota paramedik dilaporkan maut dalam kempen serangan udara Israel di beberapa perkampungan di selatan Lubnan pada Sabtu.
Menurut kementerian kesihatan lubnan, serangan rejim israel di selatan lubnan secara berterusan memasuki hari kelima berturut-turut.
Menurut kementerian kesihatan lubnan, serangan rejim israel di selatan lubnan secara berterusan memasuki hari kelima berturut-turut.
Rumah Netanyahu dilempar objek dipercayai suar
Rumah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sekali lagi menjadi sasaran apabila sebuah objek dipercayai suar dilempar ke arah rumahnya pada Sabtu malam.
Menurut media tempatan yang memetik laporan radio tentera, insiden tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kerosakan dan kecederaan.
Menurut media tempatan yang memetik laporan radio tentera, insiden tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kerosakan dan kecederaan.
10 maut dalam serangan udara Israel ke atas sebuah sekolah
Sekurang-kurang 10 maut manakala 20 cedera dalam serangan udara Israel yang mengenai sebuah sekolah yang dikendalikan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) di kem pelarian Shati, Gaza pada Sabtu.
Menurut pihak berkuasa tempatan, terdapat mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan susulan serangan.
Menurut pihak berkuasa tempatan, terdapat mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan susulan serangan.
Program MyLesen B2 langkah lahirkan penunggang motosikal kompeten, celik undang-undang
Di bawah program ini, golongan belia dan B40 berpeluang dapat lesen B2 secara percuma dan kerajaan menyasarkan 35,000 penerima tahun ini.
RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.
JMM giat laksana inisiatif bawa pulang artifak sejarah negara berada di luar negara
Pelbagai koleksi seperti dokumen sejarah, manuskrip, bahan arkeologi termasuk rangka manusia purba, dikenal pasti berada di luar negara.
KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.
Muzium Darul Ridzuan tampil tema 'Ipoh segalanya di sini', jadi medium pendidikan dan pelancongan
Selain itu ia sesuai dijadikan lokasi untuk membawa keluarga khususnya anak-anak ketika musim cuti sekolah.
Program Citra Nusa tingkatkan kefahaman sejarah dan budaya Malaysia-Indonesia
Kementerian Perpaduan Negara, melalui Jabatan Muzium Negara, menganjurkan Program Citra Nusa @Indonesia: Kita Serumpun bagi mewujudkan kefahaman tentang hubungan budaya Malaysia-Indonesia.
5,000 unit artifak kebudayaan dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan
Usaha yang besar telah dilakukan untuk memelihara dan melindungi warisan bersejarah di negara yang dilanda perang itu.
Taliban pamer senjata dalam muzium
Bahagian kecil muzium telah diletakkan pelbagai objek perang yang kini menjadi tarikan pengunjung paling ramai.
Bangkai Harimau Tasmanian ditemui tersimpan dalam almari muzium
Spesies Thylacine itu mati semasa dalam kurungan di Zoo Hobart pada 1936 dan bangkainya diberikan kepada muzium tempatan.
Karya agung 'The Scream' jadi sasaran aktivis iklim
Tiada kerosakan dilaporkan pada karya yang dihasilkan pada tahun 1893 itu kerana ia dilindungi oleh cermin.
Tak dapat jumpa Pope Francis, lelaki mengamuk pecahkan patung di muzium Vatican
Chiaramonti menempatkan kira-kira 1,000 arca bersejarah, kebanyakannya patung, termasuk potret terkenal Maharaja Rom Augustus.
RM4 juta diperlukan bina Galeri Kesultanan Melayu Jembal
Galeri itu bertujuan memastikan segala maklumat sejarah mengenai Raja Jembal yang memerintah Kelantan selama 95 tahun dapat dipaparkan.
Tambah koleksi warisan Malaysia di Rusia, pembuat tanjak bangga serahkan Mahkota Alam
Beliau dapat tahu mengenai hasrat muzium di Rusia mahu tambah koleksi warisan dari Malaysia menerusi pembacaan di sebuah akhbar tempatan.
The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Pembukaan itu turut bersempena ulang tahun ke-25 wilayah pentadbiran khas Hong Kong kembali ke pangkuan Beijing pada 1 Julai.