KUALA LUMPUR: Halangan terbesar bagi menamatkan pandemik COVID-19 adalah isu agihan vaksin secara saksama serta masalah maklumat salah, kata Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hakikatnya sewaktu pandemik ini tiada siapa yang boleh mengetepikan kepentingan vaksinasi dan Hishammuddin pada mesyuarat pertama Forum Antarabangsa Kerjasama Vaksin malam ini, membentangkan tiga perkara asas yang perlu ditangani.
Teks ucapan beliau pada forum anjuran Kementerian Luar China secara maya itu diedarkan kepada media oleh Wisma Putra, pada Khamis.
Katanya perkara pertama adalah meningkatkan pengeluaran vaksin global dengan kaedah melupuskan hak harta intelek terhadap vaksin COVID-19 berasaskan prinsip setiap negara perlu mempunyai hak untuk mengeluarkan vaksin sendiri ketika pandemik.
Kedua adalah menyeragamkan sijil vaksin, terutama vaksin yang diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi mempercepat kelulusan untuk kegunaan agensi kawalan.
"Ia akan dapat membantu mempermudahkan perjalanan, pelancongan serta pemulihan ekonomi pada masa depan tanpa perlu berdepan dengan masalah pengiktirafan vaksin tertentu," katanya.
Perkara ketiga katanya adalah mengatasi masalah kecelaruan maklumat serta golongan yang enggan menerima vaksin akibat penyebaran terlalu pantas maklumat mengelirukan di samping berita palsu.
Dengan kemunculan varian baharu seperti Delta, Delta Plus dan Lambda yang menular di seluruh dunia, Hishammuddin berkata, perlumbaan ketika ini adalah untuk memberikan vaksin kepada seberapa ramai yang boleh secepat mungkin, dengan syarat masalah pokok iaitu akses terhadap vaksin perlu diatasi.
"Meskipun Malaysia agak bernasib baik berhubung perkara itu, tetapi kita perlu mengakui bukan semua negara mempunyai akses terdapat vaksin. Ketidakseimbangan dalam bekalan vaksin dan pengedaran di seluruh dunia, perlu ditangani segera.
"Sudah tiba masanya kita benar-benar meletakkan vaksin ini sebagai 'barangan keperluan awam dunia'," katanya.
Atas sebab itu forum ini dianjurkan tepat pada masa serta kena pada tempatnya dan Hishammuddin menegaskan pertaruhan terbaik ketika ini adalah memastikan langkah kerjasama sejati di peringkat antarabangsa.
"Malaysia akan menyokong penuh Deklarasi Bersama yang bakal dikeluarkan forum ini," katanya.
Forum itu dipengerusikan Penasihat Negara dan Menteri Luar China, Wang Yi, dan satu kenyataan bersama akan dikeluarkan bagi mempamerkan kesatuan serta komitmen teguh negara-negara peserta dalam memerangi pandemik COVID-19 melalui kerjasama vaksin antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 05 2021
Hishammuddin berkata, perlumbaan ketika ini adalah untuk memberikan vaksin kepada seberapa ramai yang boleh secepat mungkin. -Gambar fail
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
PRU15: "Fitnah, kenyataan tular itu palsu" - Hishammuddin nafi berkempen dalam kem tentera
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan beliau berkempen di kem tentera seperti dakwaan yang tular di laman sosial.
Malaysia, Thailand setuju wujudkan MoU pertahanan
Memorandum Persefahaman (MoU) Pertahanan melibatkan Malaysia dan Thailand telah ditandatangani pada Isnin sebagai kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
Isu LCS: 'Hishammuddin perlu jelaskan kemampuan kewangan Boustead Naval Shipyard' - Chin Tong
Chin Tong mendakwa, BNS pernah cuba meminta komitmen Kerajaan bernilai RM53 bilion untuk kerja MRO bagi tempoh 30 tahun akan datang.
Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin
Kabinet telah memberi tempoh enam bulan untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek tersebut.
BN menang besar turut disumbang undi ATM - Penganalisis politik
Kemenangan undi BN telah dijangkakan berdasarkan corak pengundian yang berlaku dalam Pilihanraya Negeri Melaka yang lepas.
PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin
Soal kestabilan dan perancangan masa depan merupakan perkara utama yang ditekankan oleh BN.
Menteri Kuartet perhalusi SOP kemasukan lebih ramai pekerja asing, termasuk pembantu rumah - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, pengusaha mengalami kesukaran untuk merancakkan semula perniagaan, kerana kekurangan pekerja susulan SOP yang ketat.
Peralihan fasa PPN di Johor, Pahang mulai 8 Oktober
Dua lagi negeri bakal beralih ke Fasa Pelan Pemulihan Negara seterusnya selepas setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara.
AUKUS: PH persoal tujuan Hishammuddin mahu dapatkan pandangan China
PH berkata persepsi yang ditimbulkan seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.
Prospek gelembung pelancongan, SOP sektor sukan dalam Mesyuarat Kuartet esok - Hishammuddin
Mesyuarat itu juga akan beri tumpuan kepada usaha mempermudahkan daripada 181 kepada 10 prosedur operasi standard (SOP)