KUALA LUMPUR : Angka jangkitan baharu akibat COVID-19 dalam negara kembali melonjak dengan 6,440 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Itu antara tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Jumaat:

1. Sebanyak 6,440 jangkitan baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 685,204.

2. Kementerian Kesihatan juga merekodkan 74 korban baharu. Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 di Malaysia kini ialah 4,276.

3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan kini direkodkan sebanyak 65,602.

4. Seramai 894 pesakit sedang dirawat di ICU manakala 451 orang memerlukan bantuan pernafasan.

5. Jumlah pesakit yang sembuh hari ini ialah 6,861 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh ialah 615,326.