KUCHING: Jumlah kematian harian tertinggi sebanyak 20 kes yang diumumkan di Sarawak semalam melibatkan kes tertunggak yang lewat dilaporkan berikutan beberapa faktor, dan bukannya menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata daripada 20 kematian yang dilaporkan itu, 11 daripadanya berlaku pada 17 Sept, empat kematian (18 Sept), dua kematian (15 Sept) dan masing-masing satu kematian pada 6, 7 dan 16 Sept.
"Backlog atau kelewatan dalam melaporkan kematian itu adalah kerana pihak hospital perlu melakukan bedah siasat untuk memastikan dan mengetahui sama ada ia berpunca daripada COVID-19 atau tidak," katanya pada sidang media Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam COVID-19 di sini hari ini.
Sementara itu, Uggah berkata Sarawak mengatur langkah lebih agresif dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai COVID-19 menjelang peralihan ke fasa endemik yang dijangkakan selewatnya-lewatnya hujung tahun ini.
Beliau berkata satu Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam COVID-19 diketuai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bersama agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah ditubuhkan untuk merealisasikan hasrat itu.
Uggah berkata pendekatan yang lebih efektif dan sistematik seperti pendidikan kesihatan awam dengan kerjasama Kementerian Kesihatan akan dilaksanakan supaya rakyat memahami keadaan sekarang dan bagaimana mereka boleh menyesuaikan diri dengan norma baharu di fasa endemik kelak.
"Sekarang kita berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), maklumat yang tepat mesti sampai kepada semua lapisan masyarakat. Justeru, jawatankuasa ini akan memastikan semua rancangan yang diatur akan dilaksanakan dengan berkesan," katanya.
Berhubung pemberian vaksin dos tunggal CanSino di kawasan pedalaman Sarawak, Uggah berkata bekalan vaksin itu akan tiba esok dan lusa di Kuching, dan seterusnya akan dihantar ke kawasan-kawasan yang terlibat.
Vaksin berkenaan sesuai untuk program imunisasi COVID-19 di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi terutamanya dalam kalangan masyarakat Penan di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata daripada 20 kematian yang dilaporkan itu, 11 daripadanya berlaku pada 17 Sept, empat kematian (18 Sept), dua kematian (15 Sept) dan masing-masing satu kematian pada 6, 7 dan 16 Sept. - Gambar fail
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.