KUALA LUMPUR: Meskipun kadar kebolehjangkitan (R-Naught) COVID-19 di negara ini meningkat, namun, tiada sebarang peningkatan kes mendadak dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehjangkitan iaitu jumlah kes baharu COVID-19, jumlah kes pulih dan mengambil kira faktor komuniti yang belum dijangkiti COVID-19 serta komuniti yang telah menerima vaksinasi.
"Kita lihat (kadar kebolehjangkitan) meningkat tetapi kebanyakan kes adalah kategori satu dan dua sebagai mana kita jangkakan selepas Aidilfitri kes akan meningkat tetapi (hanya) kes bagi kedua-dua kategori ini.
"Kemasukan ke hospital dan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) masih kurang dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih ada kemampuan menerima pesakit, kita tidak nampak kes meningkat dengan mendadak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Evolusi Baju Seragam Jururawat di Muzium Negara di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, KKM menjangkakan peningkatan kes baharu COVID-19 selepas pembukaan semula sempadan pada 1 April, namun liputan vaksinasi yang tinggi dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat Malaysia membantu pengawalan wabak itu.
Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan kes denggi mencatatkan penurunan pada dua tahun lepas kerana orang ramai mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam.
"Kalau kita mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam, kita bukan hanya mengawal COVID-19 tetapi kita mengawal penyakit berjangkit yang lain.
"... walaupun kita ada vaksin kita masih mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam, jadi dengan dua perkara itu dan ditambah dengan ubat antiviral (rawatan COVID-19) kita mungkin lebih baik lagi dapat membendung penularan COVID-19 dalam negara," katanya.
Selain berterima kasih atas sumbangan dan jasa jururawat di Malaysia, Dr Noor Hisham turut merakamkan penghargaan terhadap usaha Jabatan Muzium Malaysia mengadakan pameran sisipan baju seragam jururawat sebagai menghargai petugas barisan hadapan.
Pameran 10 hari sehingga 22 Mei yang berlangsung di Dewan Tengah, Muzium Negara itu mengisahkan pengenalan Hari Jururawat Sedunia, penerangan berkaitan tema sambutan tahun ini dan evolusi baju seragam jururawat di Malaysia dari awal tahun 1900 hingga kini.
Antara koleksi yang dipamerkan ialah baju seragam jururawat di seluruh negara, peralatan merawat pesakit dan foto-foto lama jururawat di sekolah latihan jururawat. - BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022

Meskipun kadar kebolehjangkitan (R-Naught) COVID-19 di negara ini meningkat, namun, tiada sebarang peningkatan kes mendadak dilaporkan, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.