BATU GAJAH:Hanya satu produk pelancongan di Perak ditutup sementara susulan terdapat pengunjung disyaki positif COVID-19, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
Beliau berkata setakat ini tiada lokasi tumpuan pelancong lain yang ditutup walaupun kes baharu pandemik itu semakin meningkat.
Katanya, penutupan Taman Tema Sunway Lost World of Tambun selama 14 hari bermula Selasa lepas adalah pendekatan yang diambil pihak pengurusan dan pentadbiran taman tema berkenaan.
"Tindakan itu bukan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi pihak pengurusan dan pentadbiran mereka yang memilih untuk menutup taman tema itu bagi tujuan sanitasi dan keselamatan pekerja serta menjamin keadaan selamat," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Geotourism Vouchers #TravelPeraklah dan Dark Tourism di Kellie's Castle di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Nolee Ashilin berkata kerajaan negeri melalui Tourism Perak dengan kerjasama persatuan pelancongan negeri sekali lagi melancarkan inisiatif pemulihan sektor pelancongan dengan memperkenalkan Geotourism Vouchers #TravelPeraklah dan Dark Tourism@Kellie's Castle.
Menurutnya, Geotourism Vouchers #TravelPeraklah adalah kesinambungan daripada sambutan ulang tahun Geopark Lembah Kinta kali kedua yang secara tidak langsung membantu agensi pelancongan terkesan susulan penularan COVID-19.
Sementara, Kellie's Castle pula meneruskan program Dark Tourism dengan penganjuran Kellie's Night Tour V.3 pada Jumaat dan Sabtu bermula pukul 8 hingga 12 tengah malam sepanjang bulan Oktober ini.
Beliau berharap pelancaran inisiatif baharu itu dapat menggalakkan kedatangan pelancong domestik ke Perak dengan tempoh menginap lebih lama sekali gus membantu ekonomi agensi pelancongan dalam norma baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 16 2020
![COVID-19: Hanya satu lokasi pelancongan ditutup di Perak COVID-19: Hanya satu lokasi pelancongan ditutup di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602884274_TBGeotourism.jpg)
Nolee Ashilin (tengah) melancarkan Geotourism Vouchers #TravelPerakLah dan Dark Tourism di Kellie's Castle, Batu Gajah, Batu Gajah, 16 Okt, 2020. --fotoBERNAMA
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Gambar 'sempurna': Penduduk Notting Hill kurang selesa ragam pelancong Gambar 'sempurna': Penduduk Notting Hill kurang selesa ragam pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720416853_nottinghill.jpg)
Gambar 'sempurna': Penduduk Notting Hill kurang selesa ragam pelancong
Penduduk di Notting Hill, yang menjadi latar filem popular Julia Roberts dan Hugh Grant berjudul 'Notting Hill', meluah perasaan dengan ragam pelancong.
![Belanjawan 2023: RM250 juta peruntukan bagi promosi sektor pelancongan Belanjawan 2023: RM250 juta peruntukan bagi promosi sektor pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677237790_PelanconganBUDGET.jpg)
Belanjawan 2023: RM250 juta peruntukan bagi promosi sektor pelancongan
Kerajaan juga akan laksanakan beberapa projek berkaitan isu pelancongan dan kesesakan jalan raya yang telah menjejaskan lokasi tumpuan pelancong.
![COVID-19: Hanya satu lokasi pelancongan ditutup di Perak COVID-19: Hanya satu lokasi pelancongan ditutup di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602884274_TBGeotourism.jpg)
COVID-19: Hanya satu lokasi pelancongan ditutup di Perak
Penutupan Taman Tema Sunway Lost World of Tambun selama 14 hari bermula Selasa lepas adalah pendekatan yang diambil pihak pengurusan dan pentadbiran taman tema.
![Polis Perak sedia hantar anggota dan pegawai ikuti kelas Bahasa Inggeris Polis Perak sedia hantar anggota dan pegawai ikuti kelas Bahasa Inggeris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61565151374_TBKETUAPOLISPERAKj.jpg)
Polis Perak sedia hantar anggota dan pegawai ikuti kelas Bahasa Inggeris
Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata bagi tujuan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan rakan strategik seperti pihak universiti dan badan bukan kerajaan (NGO).