KOTA KINABALU: Kadar kematian harian akibat COVID-19 di Lembah Klang tidak merujuk kepada keadaan sebenar disebabkan data kes tertunggak atau 'backlog' kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau menjelaskan, data yang dikeluarkan setiap hari sejak kebelakangan ini bukan kematian dalam tempoh 24 jam, sebaliknya ia adalah data yang dimasukkan selepas kemas kini dibuat.
"Jumlah kematian yang kita laporkan setiap hari itu bukanlah jumlah kematian dalam tempoh 24 jam yang lepas. Terdapat banyak 'backlog' kes kematian... sebab kita perlu dapatkan pengesahan sama ada si mati betul-betul mati akibat COVID-19 atau tidak," katanya.
Beliau berkata, pihaknya sedang menguruskan kemas kini data kes kematian yang tertunggak dan bilangannya akan dilihat menurun dalam tempoh kira-kira tiga minggu lagi.
"Di Lembah Klang, kita akan dapat lihat penurunan kadar kematian dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi apabila kita selesai mengemas kini data 'backlog' kematian," katanya.
Khairy ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) Sabah di Kota Kinabalu pada Isnin.
Mesyuarat berkenan yang dipengerusikan bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bertujuan membantu Sabah mendepani pandemik COVID-19.
Pada mesyuarat tersebut, Khairy turut mengumumkan bantuan kesihatan untuk Sabah termasuk bantuan 480 unit silinder oksigen, 24 buah kotak regulator oksigen dan 29 ambulans yang akan diterbangkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) esok.
Sementara itu, Khairy berkata, tambahan seramai 97 pegawai perubatan ditempatkan di Sabah bagi meningkatkan keupayaan sistem kesihatan negeri itu menghadapi kes COVID-19.
Beliau berkata, selain itu, seramai 78 pembantu perubatan yang diarah bertugas di Selangor sebelum ini, akan dipindahkan semula ke Sabah bermula minggu ini.
"Kita akan membuat penempatan mobilisasi semula tenaga kerja KKM ke Sabah untuk membantu dari segi kerja perubatan di sini.
"Jadi sejumlah 97 daripada 150 pegawai lantikan diarah melapor diri di Sabah pada 2 Ogos dan 1 September, seramai 50 pegawai perubatan akan ditawarkan lantikan tetap bermula 13 September, baki keperluan pegawai perubatan akan ditampung dengan pengisian pegawai perubatan siswazah," katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Sep 06 2021

Khairy berkata, tambahan seramai 97 pegawai perubatan ditempatkan di Sabah bagi meningkatkan keupayaan sistem kesihatan negeri itu menghadapi kes COVID-19. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.