KOTA BHARU:Aktiviti balik kampung ketika cuti panjang sempena Krismas yang bersambung dengan cuti hujung minggu menjadi punca peningkatan kes COVID-19 di Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata kepulangan anak negeri itu yang tinggal di kawasan zon merah, terutama di Selangor, dipercayai menjadi penyumbang terbanyak.
Katanya, ia juga menjadi antara punca kerajaan negeri memohon supaya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di Pondok Darul Naim yang menjadi lokasi Kluster Halban.
Beliau berkata daripada 31 kes baharu dilaporkan semalam, 11 daripadanya membabitkan penularan dari zon merah iaitu Selangor yang dipercayai membabitkan mereka yang pulang ke kampung sempena cuti perayaan Krismas.
"Sekarang musim cuti dan kita lihat pergerakan dari zon merah Selangor dan sebagainya ke Kelantan tinggi dan hari ini (semalam) punca 11 kes dari zon merah.
"Oleh demikian saya nasihati apabila balik hendak jumpa ibu bapa... duduklah di rumah, tak usah bergerak bebas yang boleh merebakkan COVID-19 ke masyarakat seterusnya," katanya, di sini, semalam.
Beliau berkata keputusan untuk memohon kerajaan Persekutuan mengenakan PKPD di Pondok Darul Naim dicapai dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Kelantan petang semalam.
Sementara itu, katanya bagi Kluster Seragam Chepa membabitkan sebuah kilang, pihak syarikat bersetuju menghentikan sementara operasi dan kesemua pekerja dipakaikan gelang serta menjalani kuarantin.
Pada Sabtu, Kelantan merekodkan 85 kes COVID-19, tertinggi sejak penularan wabak berkenaan dengan dua kluster baharu iaitu Kluster Halban dan Kluster Seragam Chepa.
Dr Izani juga menjelaskan siasatan yang dibuat Jabatan Kesihatan Negeri mendapati punca penyebaran adalah daripada perkumpulan membabitkan kenduri, pertemuan dan berada di kawasan sesak.
Muhafandi Muhamad
Sun Dec 27 2020

Aktiviti balik kampung ketika cuti panjang sempena Krismas yang bersambung dengan cuti hujung minggu menjadi punca peningkatan kes COVID-19 di Kelantan. -Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Kelantan tetapkan kadar sewa tapak bazar Ramadan mengikut kawasan jajahan bermula RM200
Harga ditawarkan itu adalah sangat rendah berbanding harga sewaan tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh pihak swasta.

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi
Menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.

Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan Julai ini
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 akan dibentangkan Julai ini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata empat negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS
JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.