Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kesemua empat kes penularan dalam negara tidak melibatkan jangkitan dalam kalangan warganegara Malaysia.
"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 169 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
"Ingin dimaklumkan daripada sembilan kes baharu yang dilaporkan, lima kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara," memetik kenyataan yang dikeluarkan Dr Noor Hisham hari ini.
Lima kes import tersebut adalah dari negara:-
- Jepun (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
- India (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
- Pakistan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
- New Zealand (1 kes di Selangor); dan
- Singapura (1 kes di Johor).
Dalam masa sama, beliau memaklumkan tiada kes kematian direkodkan.