HARI pertama saingan Petronas Terbuka Malaysia diselubungi situasi di luar jangkaan apabila bumbung Axiata Arena dipercayai bocor dan terpaksa menghentikan seketika perlawanan badminton.

Aksi di gelanggang dua dan tiga terjejas ekoran air hujan membasahi persekitaran, sekali gus pemain terpaksa beredar terlebih dahulu bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

Menurut laporan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, tempat duduk penyokong turut terjejas sehingga membuatkan mereka harus bergegas ke tempat lain.




Astro AWANI juga sedang memantau perkembangan di Axiata Arena dan akan memberikan yang terkini berhubung Petronas Terbuka Malaysia.