KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian cermin kereta dipecahkan di kawasan Transit Aliran Ringan (LRT) Awan Besar, Bukit Jalil, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, berhubung kejadian tersebut, pihaknya telah menerima enam laporan polis daripada orang ramai.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati kesemua enam buah kereta yang telah diparkir oleh pemilik kenderaan pada Isnin, bermula jam lebih kurang 3 petang di lokasi tersebut.
"Pada Selasa, bermula jam lebih kurang 9.20 pagi, pihak polis telah menerima enam laporan berhubung kes cermin kereta dipecahkan di tepi jalan kawasan LRT Awan Besar.
"Seterusnya, beberapa bahagian cermin kereta telah dipecahkan oleh suspek yang masih bebas, sebelum disedari oleh pemilik kenderaan pada keesokan hari," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak polis berhubung kejadian tersebut.
Tegasnya, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang gagal mematuhi undang-undang negara.
Tambahnya, tindakan tegas akan diambil agar masyarakat sentiasa berada dalam keadaan aman dan tenteram.
"Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051.
"Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau tampil di mana-mana balai polis berdekatan," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 05 2024

Tangkap layar sebuah video tular menunjukkan cermin beberapa buah kenderaan dipecahkan oleh individu tidak dikenali di kawasan LRT Awan Besar, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Suspek pecah cermin kereta di kawasan LRT Awan Besar ditahan
Suspek yang merupakan lelaki tempatan itu ditahan kira-kira jam 7 malam pada Rabu di sekitar kawasan Razak Mansion.

Polis siasat perbuatan khianat pecah cermin kereta di kawasan LRT
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak polis berhubung kejadian.