Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes kini mencecah 21,363 dengan 7,456 kes aktif.
Beliau berkata, daripada keseluruhan kes yang dilaporkan, 154 kes atau 17.8 peratus adalah daripada Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Tembok dan termasuk empat kes saringan tahanan Penjara Tapah.
"Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat," katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham memberitahu, daripada 865 kes baharu yang dilaporkan, tujuh kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan tiga warganegara dan empat bukan warganegara.
"Daripada 858 kes penularan di dalam negara pula, 767 kes adalah warganegara Malaysia dan 91 kes adalah bukan warganegara.
"Lima kes penularan tempatan adalah daripada kalangan pengunjung yang pulang dari Sabah, menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September lalu adalah sebanyak 448 kes," katanya.
Beliau memberitahu, sehingga pukul 12 tengah hari ini, tiga lagi kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah 190 kes, bersamaan 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
"Sehingga kini, terdapat 99 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 31 kes memerlukan bantuan pernafasan," ujarnya.
Sementara itu ujarnya, sebanyak 455 kes dilaporkan pulih COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada virus it adalah 13,717 kes.
Perincian mengenai penularan COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
Sabah: 643 kes
- 183 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 343 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 117 kes daripada lain-lain saringan COVID-19
Selangor: 101 kes
- 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Dua kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
- Satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hentian.
- Lapan kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan: 34 kes
- 33 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
Pulau Pinang: 26 kes
- 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Dua kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Perak: 18 kes
- Sembilan kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Dua kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Tujuh kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: 16 kes
- 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit
- Tiga kes daripada saringan di Depot Tahanan Imigresen.
- Satu kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Satu (kes saringan individu bergejala.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Enam kes
- Empat kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Satu kes daripada kluster sedia ada.
- Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
Negeri Sembilan: Empat kes
- Dua kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Dua kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Kedah: Tiga kes daripada kluster-kluster sedia ada.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga kes daripada kluster-kluster sedia ada.
Johor: Dua kes
Satu kes daripada kluster sedia ada.
Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
Pahang: Satu kes saringan individu bergejala.
Terengganu: Satu kes daripada kluster sedia ada.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)