KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Sabtu naik ke empat 4,684 berbanding 3,927 pada hari sebelumnya.

Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.687 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 11 kes kematian dicatatkan dengan satu daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 46,904.

96.5 peratus atau 45,264 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,556 kes dirawat di hospital dengan 56 kini ditempatkan di wad ICU.

35 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 4,275 kes sembuh.