KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 atau COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) hanya akan beroperasi hingga 31 Oktober ini, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau yang juga Pengerusi bersama CITF berkata bermula 1 Nov depan, usaha imunisasi COVID-19 akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan (KKM) susulan perkembangan semasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang berada pada tahap baik.
"Susulan perkembangan PICK semasa yang telah berada pada tahap yang baik, mandat bagi usaha imunisasi penduduk yang selanjutnya, seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipulangkan semula oleh CITF kepada KKM.
"...saya yakin KKM sememangnya berpengalaman dan bersedia, terutamanya apabila KKM kini sedang giat menjalankan vaksinasi COVID-19 remaja," katanya berucap pada majlis penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.
Beliau berkata PPV bukan kesihatan yang diuruskan CITF kini telah mula ditutup secara berperingkat di seluruh negara dan menjangkakan tiada lagi PPV bukan kesihatan akan beroperasi selepas 31 Okt ini.
Mengulas lanjut, Dr Adham berkata mulai bulan ini, CITF akan membuat hebahan mengenai saluran untuk orang ramai mengemukakan sebarang pertanyaan di bawah kawal selia KKM.
Beliau memaklumkan KKM, MOSTI dan CITF telah mula berbincang dan menyelaraskan urusan pemulangan semula tugas-tugas imunisasi COVID-19 untuk memastikannya berjalan lancar.
CITF ditubuhkan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Feb lepas sebagai pemantau kerangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK.
Sementara itu, beliau berkata semua negeri telah mencapai 60 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi selepas Sabah merekodkan kadar vaksinasi mencecah 60 peratus semalam sekali gus menjangkakan sasaran 100 peratus vaksinasi lengkap penduduk dewasa seluruh Malaysia hujung bulan ini juga hampir menjadi kenyataan.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh petugas di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil atas sumbangan, pengorbanan dan komitmen yang diberikan.
Beliau berkata PPV berkenaan beroperasi sejak 21 Jun lepas dan memberikan lebih 730,000 dos vaksin COVID-19 kepada orang ramai.
PPV Stadium Nasional Bukit Jalil juga merupakan PPV pertama melaksanakan PICK Fasa Tiga di Lembah Klang dan satu-satunya PPV yang dikhaskan untuk 'walk-in' atau secara jumpa terus tanpa janji temu kepada bukan warganegara bermula 9 hingga 22 Ogos lepas yang menyaksikan sebanyak 90,579 dos diberikan dalam tempoh tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 01 2021

Dr Adham berkata, KKM, MOSTI dan CITF telah mula berbincang dan menyelaraskan urusan pemulangan semula tugas-tugas imunisasi COVID-19 untuk memastikannya berjalan lancar. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lebih 50,000 remaja 12 hingga 17 tahun lengkap vaksinasi - Dr Azmi
Seramai 52,774 atau 1.7 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun dalam negara telah lengkap menerima vaksin COVID-19 jenis Cominarty setakat 30 Sept lepas.

CITF tamat operasi 1 November, serah mandat imunisasi COVID-19 sepenuhnya kepada KKM
Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 atau COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) hanya akan beroperasi hingga 31 Oktober ini.

Hanya 5 PPV di Lembah Klang sedia suntikan secara 'walk-in' bermula esok
Perkhidmatan suntikan vaksin COVID-19 secara walk-in kini dihadkan kepada lima Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih di Lembah Klang bermula 16 hingga 30 September ini.

CITF laksana pengharmonian data untuk kemas kini data penerima vaksin - Dr Adham
Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-9 (CITF) akan melaksanakan pengharmonian data bagi memastikan data penduduk yang sudah divaksin di seluruh negara adalah tepat dan terkini.

Penglibatan GP dipertimbang di masa hadapan, jamin kesinambungan PICK - CITF
Keperluan untuk mengurangkan jumlah PPV di Lembah Klang wujud selepas Operasi Lonjakan Kapasiti selesai dilaksanakan.

Vaksin COVID-19: Suntikan di rumah untuk golongan rentan
Inisiatif yang dilaksanakan sejak seminggu lalu adalah dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi di daerah tersebut.

Perlis ke arah Fasa 4 PPN
Perlis mampu mencapai Fasa Keempat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tempoh 10 hari.

Guru, AKP dan pekerja sokongan diminta segera dapatkan suntikan vaksin melalui inisiatif 'walk-in'
Menteri Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata ini berikutan keputusan CITF memperluas inisiatif pemberian vaksin secara jumpa terus atau 'walk-in' ke seluruh negara.

2,000 petugas barisan hadapan pelancongan Perak belum terima vaksin
Pihaknya telah membuat permohonan kepada CITF dan menunggu kelulusan agar suntikan vaksin dapat diberikan kepada kesemua petugas barisan hadapan industri pelancongan negeri ini.

Pemberian vaksin secara 'walk-in' lancar, kecuali di Serendah - Khairy
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Serendah menghadapi kekurangan bekalan susulan kehadiran penerima yang ramai.