HULU TERENGGANU: Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) daerah Hulu Terengganu giat melaksanakan pemberian suntikan dari rumah ke rumah kepada golongan warga emas, pesakit terlantar serta golongan kurang upaya.
Ketua CITF Daerah Hulu Terengganu, Ahmad Azizi Zulkifli berkata inisiatif yang dilaksanakan sejak seminggu yang lalu adalah dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi di daerah tersebut.
Katanya, setakat ini lebih 100 golongan berkenaan telah dikenal pasti untuk diberikan suntikan di kediaman masing-masing.
"Di samping program suntikan di PPV program outreach yang kita buat setiap minggu, program turun dari rumah ke rumah ini juga satu strategi kita untuk mencapai herd immunity dengan kadar seberapa cepat yang boleh," katanya.
Beliau berkata langkah yang dilakukan itu juga bagi membantu golongan sasar berkenaan mendapatkan perlindungan vaksin susulan kesukaran mereka untuk mendapatkan suntikan di pusat pemberian vaksin (PPV).
Beliau berkata, setakat ini tahap vaksinasi di daerah itu sudah mencapai 35 peratus bagi penerima dos lengkap.
Katanya, bagi penerima satu dos pula telah mencapai 57 peratus dan pihaknya yakin imuniti kelompok yang disasarkan pada Oktober akan berjaya direalisasikan.
Astro Awani
Thu Aug 19 2021

Pasukan CITF daerah Hulu Terengganu giat melaksanakan pemberian suntikan dari rumah ke rumah kepada golongan warga emas, pesakit terlantar serta golongan kurang upaya. -Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

COVID: KKM jangka kes Kategori 1, 2 meningkat selepas Aidilfitri
Berdasarkan trend kes COVID-19 untuk tempoh dua bulan lepas, KKM mendapati 99.5 peratus kes adalah Kategori 1 dan 2.

Tiada bukti Omicron mampu bina imuniti - Khairy
Setakat ini, tidak ada mana-mana pendekatan kesihatan awam di dunia yang menyatakan individu dijangkiti varian Omicron mampu membina imuniti kepada wabak itu.

COVID-19: 70.1 peratus penduduk Sarawak lengkap divaksin
90.7 populasi dewasa serta 41.3 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Sarawak telah melengkapkan vaksinasi.

Kebebasan memilih tidak divaksinasi bukan bererti bebas daripada akibat
Tinggal dalam sebuah masyarakat menuntut semua pihak bertindak dengan mengambil kira tanggungjawab mereka terhadap komuniti.

Pemulihan industri acara perniagaan kunci untuk bantu ekonomi negara - Irmohizam
Malaysia kini sedang menuju ke arah imuniti kelompok dan beliau berharap kerajaan mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan dikenakan.

Fokus perluasan capaian vaksinasi, bukan lagi imuniti kelompok - Khairy
Kerajaan tidak lagi menggunakan terma imuniti kelompok, sebaliknya fokus pada perluasan capaian vaksinasi kepada seramai yang mungkin.

81.8 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin COVID-19
Sejumlah 326,612 dos suntikan vaksin diberikan pada Khamis di mana 194,050 adalah bagi dos kedua, manakala 132,562 adalah bagi dos pertama.

KKM tidak lagi guna formula imuniti kelompok, fokus pemberian vaksin - Khairy
KKM tidak lagi menggunakan formula konvensional yang menilai imuniti kelompok berdasarkan capaian sekurang-kurangnya vaksinasi 80 peratus penduduk dewasa dalam usaha membendung COVID-19.

Hanya 0.01 kematian dilaporkan libatkan individu lengkap dua dos - Khairy
Hanya 0.01 peratus kematian dilaporkan dalam negara akibat COVID-19, melibatkan individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksin.

COVID-19: 79.6 peratus populasi dewasa lengkap divaksin
Berbaki 0.4 peratus populasi dewasa sahaja lagi sebelum negara mencapai imuniti kelompok pada kadar 80 peratus.