KUALA LUMPUR: Guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP) dan pekerja perkhidmatan sokongan yang masih belum menerima janji temu dos pertama vaksin atau mendaftar bagi menerima vaksin diseru supaya mengambil tindakan segera untuk mendapatkan vaksin masing-masing.
Menteri Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata ini berikutan keputusan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) memperluas inisiatif pemberian vaksin secara jumpa terus atau 'walk-in' ke seluruh negara untuk kumpulan khas yang turut membabitkan guru, AKP dan pekerja perkhidmatan sokongan di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
"Melalui kerjasama rapat KPM dan CITF, guru, AKP dan pekerja perkhidmatan sokongan di sekolah bawah KPM adalah antara kumpulan khas yang disenaraikan.
"Perincian mengenai pemberian vaksin secara 'walk-in' bagi kumpulan khas sekolah di bawah KPM, termasuk keperluan dokumen sokongan, akan dimaklumkan dalam masa terdekat," katanya menerusi hantaran di laman Facebook sambil berkongsi kenyataan media CITF hari ini.
Beliau berkata usaha untuk memastikan mereka yang berada dalam ekosistem pendidikan di sekolah menerima vaksin akan terus dipergiat melalui Pasukan Petugas Khas KPM-CITF.
Menurut kenyataan CITF hari ini, inisiatif vaksinasi secara 'walk-in' yang sedang dilaksanakan di Lembah Klang akan diperluas ke pusat pemberian vaksin (PPV) awam di seluruh negara untuk golongan khas dalam masa terdekat.
CITF memaklumkan vaksinasi jumpa terus tanpa janji temu itu dikhususkan untuk kumpulan tertentu iaitu warga emas, orang kurang upaya, individu dengan komorbid berusia 18 tahun dan ke atas, individu yang terlepas suntikan dos kedua serta guru, AKP dan pekerja perkhidmatan sokongan kontrak di institusi pendidikan KPM.
Radzi berkata mengikut rekod KPM, seramai 352,649 guru (85.41 peratus), 52,256 AKP (77.69 peratus) dan 54,930 pekerja perkhidmatan sokongan termasuk operator bas/van sekolah (46.64 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat hari ini.
Katanya bagi guru kelas peperiksaan pula, seramai 84,995 orang (94.89 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bernama
Sat Aug 07 2021
Radzi berkata, usaha untuk memastikan mereka yang berada dalam ekosistem pendidikan di sekolah menerima vaksin akan terus dipergiat melalui Pasukan Petugas Khas KPM-CITF. - Gambar fail
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Kerajaan Thai digesa runding pembebasan warga tempatan
Kerajaan Thailand digesa untuk segera runding pembebasan warga tempatan yang berada dalam tahanan Hamas.
Pemeriksaan telefon bimbit hanya terhadap individu disyaki, bukan secara rambang - KPN
Polis hanya akan melakukan pemeriksaan telefon bimbit terhadap individu disyaki dalam sesuatu siasatan kes.
KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.
KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.
GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.
KPM dalam proses nilai kerosakan sekolah terlibat banjir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengenal pasti sekolah yang terlibat dengan gelombang pertama banjir di sembilan negeri baru-baru ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir
Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di tujuh negeri.
MoF bekerjasama dengan KPM salur bantuan percepat operasi sekolah terjejas banjir
MoF akan bekerjasama dengan KPM untuk menyalurkan bantuan segera bagi membaik pulih sekolah yang terjejas akibat banjir.
Kebolehpasaran murid pendidikan khas capai 93 peratus tahun ini
Kadar kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) telah mencapai 93 peratus pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.