KUALA LUMPUR: Penglibatan pengamal perubatan am swasta (GP) pada masa hadapan akan dipertimbangkan dalam menjamin kesinambungan kepada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kerana tiada lagi pusat pemberian vaksin (PPV) akan beroperasi pada waktu itu.
Menurut Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), keperluan untuk mengurangkan jumlah PPV di Lembah Klang termasuk penglibatan petugas GP wujud selepas Operasi Lonjakan Kapasiti selesai dilaksanakan bermula 26 Julai hingga 1 Ogos lepas untuk mengawal wabak COVID-19 di kawasan berkenaan.
Justeru, CITF memaklumkan dakwaan penglibatan GP untuk PICK akan dihentikan adalah tidak tepat, sebaliknya hanya dipertimbang mengikut keperluan semasa.
"CITF amat menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh GP dalam PICK, yang pastinya menyumbang kepada pencapaian negara mencatatkan kadar vaksinasi harian per kapita antara terpantas di dunia baru-baru ini.
"CITF mengambil kira pelbagai perkara dalam pengoperasian PICK seperti kapasiti PPV, bilangan individu yang perlu disuntik dan bekalan vaksin. Keperluan semasa seperti kawalan wabak juga mempengaruhi pelaksanaan PICK," menurut CITF dalam kenyataan semalam.
Kenyataan itu memaklumkan GP menyumbang lebih kurang lima peratus daripada keseluruhan suntikan yang diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan Operasi Lonjakan Kapasiti.
Menurut CITF, setakat Sabtu, peratusan populasi dewasa Lembah Klang yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos adalah 107.7 peratus, termasuk vaksinasi yang diberikan kepada penduduk tanpa dokumen dan golongan bukan pemastautin.
"Lanjutan selesainya operasi ini, wujud keperluan untuk bilangan PPV di Lembah Klang dikurangkan, termasuk yang melibatkan para GP.
"Di Lembah Klang, setakat hari ini, 12 PPV telah ditutup dan dari 23 sehingga 29 Ogos, 21 PPV lagi akan ditutup. Daripada 32 PPV yang ditutup, tujuh adalah PPV Awam," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, CITF memaklumkan keperluan baharu seperti dos penggalak, vaksinasi remaja (umur 12 hingga 17 tahun) serta vaksinasi berterusan untuk pendaftar baru akan dimuktamadkan dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021

Setakat Sabtu, peratusan populasi dewasa Lembah Klang yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos adalah 107.7 peratus. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kertas Putih Vaksin: KKM akan pastikan perolehan dilaksankan lebih teliti, berintegriti
Ia bertepatan dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Februari lepas berhubung Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19.

COVID-19: Tiada respons dari Korea Utara terhadap tawaran vaksin AS
Korea Utara menolak tawaran vaksin daripada Covax serta dari Korea Selatan, malah dilaporkan turut menolak beberapa tawaran bantuan lain.

67 peratus Orang Asli sudah divaksin - Mahdzir
Data terkini juga menunjukkan seramai 172,155 Orang Asli layak divaksin melibatkan golongan dewasa berjumlah 144,180 orang dan 27,975 remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

COVID-19: Vietnam lulus penggunaan vaksin Abdala
Vaksin Abdala adalah vaksin ke-8 yang diluluskan untuk kegunaan kecemasan di Vietnam.

76.2 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksinasi - JKJAV
76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 setakat Rabu.

COVID-19: 72.7 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - JKJAV
PICK terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila lebih 17.02 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat Sabtu.

CITF diminta tambah tujuh lagi PPV bergerak di Johor - Menteri
CITF diminta untuk menambah tujuh lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak dan jangkauan luar di Johor.

COVID-19: 65.9 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
Perkembangan tersebut turut disumbang oleh pemberian vaksin harian dengan 369,280 dos semalam.

Sabah harap peroleh lebih 2.88 juta dos vaksin bulan ini
JKNS menyasarkan purata pemberian 60,000 dos vaksin itu dalam sehari kepada penduduk.

COVID-19: 65.1 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - JKJAV
PICK terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila sebanyak 65.1 peratus atau lebih 15.24 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin.