KUALA LUMPUR: Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini dengan 91 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata antara kesalahan paling ketara dilakukan kontraktor adalah penyalahgunaan bahan binaan seperti besi perancah selain pekerja tidak mempunyai sijil kemahiran diiktiraf CIDB.
"Hari ini saya turun ke tapak pembinaan bersama CIDB dan beberapa agensi lain secara mengejut ke tapak pembinaan yang kita kenal pasti ada melakukan kesalahan.
"Saya harap CIDB akan kerap melakukan aktiviti sebegini supaya kita boleh hantar mesej kepada pemain industri supaya mereka patuh kepada peraturan dan undang-undang. Saya juga akan turun padang dengan lebih kerap untuk beri motivasi kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas operasi penguatkuasaan bersepadu CIDB di tapak pembinaan sekitar Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Datuk Mohd Zaid Zakaria berkata penggunaan besi perancah jenis A Frame (Pre-fabricated steel frame scaffolding) dikuatkuasakan CIDB sejak dua tahun lepas sebagai laluan yang selamat bagi kegunaan pekerja dan terlindung daripada jatuhnya bahan atau alat di tapak pembinaan.
"Kita melihat ada kualiti perancah ini sudah merosot dan berkarat kerana digunakan berulang kali yang boleh menyebabkan besi itu patah dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa apabila ia tidak mampu menampung beban konkrit.
"Mereka (kontraktor) perlu menggunakan jenis Tubular yang lebih kuat dan mendapat pengiktirafan standard Malaysia," katanya.
Terdahulu pada operasi tersebut, sebanyak 13 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk ditutup susulan dikenal pasti menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.
Operasi tersebut turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Alexander (tengah) pada Operasi Penguatkuasaan Bersepadu (OPB) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di tapak pembinaan sekitar ibu kota hari ini. - Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd zaid Zakaria berkata sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB.

Belanjawan 2024 buka peluang kontraktor kecil - CIDB
Peruntukan sebanyak RM72.7 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk pelaksaan kerja-kerja pembinaan akan membuka peluang kerja kontraktor-kontraktor kecil dan sederhana (G1 hingga G4).

Projek Solar: CIDB saman Jepak Holdings, tuntut bayar levi RM1.65 juta
Projek solar hibrid itu dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang dibicarakan.

Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.

CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari
Notis terbanyak dikeluarkan di Sarawak iaitu 540 notis diikuti Johor (325), Selangor (296), Terengganu (281), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (242) dan Sabah (236) manakala selebihnya di negeri lain.

Penularan kepialu terkawal, vaksin mencukupi - Subramaniam
Penularan kes ini terkawal dan dipantau rapat pihak kementerian dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Guna bahan lestari untuk rumah mangsa banjir - Fadillah
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyarankan penggunaan panel komposit poliuretana yang ringan untuk membina rumah baharu mangsa banjir.

Lesen kontraktor masjid runtuh bakal digantung--CIDB
Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Terenganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata Jabatan Kerja Raya akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.