KUANTAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM200,000 terhadap seorang penyelia syarikat perlombongan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menceroboh tanah kerajaan untuk melakukan kerja mengambil pasir silika.
Hakim Azman Mustapha memerintahkan Saharudin Sa'ya, 50, menjalani hukuman penjara 12 bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda itu.
Beliau juga memerintahkan supaya tujuh kenderaan terdiri daripada lori dan jentera berat yang disita di tanah berkenaan dilucuthak kepada Kerajaan Negeri Pahang mengikut Seksyen 426 C(3) Kanun Tanah Negara 1965.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 4.50 petang 13 Feb lepas dan 1 tengah hari 5 April lepas di dua lot tanah kerajaan yang terletak bersebelahan Pusat Latihan dan Akademi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kampung Sungai Ular di Mukim Sungai Karang di sini.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara yang boleh dihukum denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, perbuatan tertuduh terbongkar selepas Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang memeriksa tanah terlibat dan mendapati terdapat kerja pemindahan pasir silika dijalankan di kawasan itu menggunakan jentera dan lori.
Pemandu lori serta pengendali jentera berat semasa disoal, memaklumkan mereka menerima arahan daripada tertuduh untuk melakukan kerja pemindahan bahan galian itu.
Bagaimanapun, semakan dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan mengesahkan bahawa tiada kelulusan diberikan kepada mana-mana pihak bagi menduduki tanah itu.
Pada prosiding berkenaan, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan atas alasan tidak lagi bekerja di syarikat itu selepas ditahan, menyebabkan dirinya berdepan kesukaran menanggung keluarga.
"Saya juga tersepit dan terbeban dengan kes ini kerana terpaksa menanggung sewa jentera yang disita pihak penguat kuasa. Saya merayu kembalikan jentera terlibat kepada saya untuk dipulangkan kepada pemiliknya," katanya.
Bagaimanapun, Pengarah Pendakwaan Pahang Shahrizat Ismail memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam untuk tidak melakukan kesalahan serupa.
Tindakan tertuduh juga menyebabkan kerajaan negeri mengalami kerugian kerana kehilangan royalti yang dianggarkan bernilai RM150,000 bagi kedua-dua kes.
"Perbuatan tertuduh juga boleh menimbulkan masalah alam sekitar selain dilakukan sebanyak dua kali dalam tempoh masa yang singkat," katanya yang memohon supaya hukuman penjara diberikan berbanding denda.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023

Hakim Azman Mustapha memerintahkan Saharudin Sa'ya, 50, menjalani hukuman penjara 12 bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda itu. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ceroboh tanah kerajaan, penyelia didenda RM200,000
Hakim Azman Mustapha memerintahkan Saharudin Sa'ya, 50, menjalani hukuman penjara 12 bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda itu.

Presiden Peka mengaku tidak bersalah duduki tanah kerajaan tanpa kebenaran
Presiden Peka Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah.