PADA Jumaat lalu, dengan aktivis Greta Thurnberg sebagai ikon mereka, jutaan orang muda berhimpun di kota-kota di seluruh dunia untuk membantah terhadap ketidakpedulian yang berterusan dalam berdepan dengan perubahan iklim (#climatestrike).
Menariknya, sambutan di Asia Tenggara yang paling baik adalah pada tahap sederhana (para penunjuk perasaan di Jakarta dan Kuala Lumpur hanya berjumlah dalam ratusan). Walaupun begitu, Malaysia dan Indonesia kedua-duanya diselubungi asap yang menyesakkan dari kebakaran hutan, berada di medan depan dalam pertarungan eksistensial ini.
Memandangkan skala kerosakan (suatu serangan ke atas biodiversiti yang berharga di samping kesihatan awam), di manakah kemarahan dan amukan awam? Malah, siapakah yang patut dipersalahkan? Kerajaan-kerajaan, syarikat-syarikat minyak sawit yang amat berkuasa, atau pekebun kecil dan peladang?
Sedihnya, kesedaran alam sekitar yang berasaskan keluasan rantau ini amat terhad.
Meskipun begitu, sekumpulan kecil individu - antaranya selebriti yang telah melakukan sebaik mungkin untuk mengubah keadaan ialah pelakon wanita, Maya Karin, (bintang pecah panggung dan filem Munafik 2) adalah yang paling terkedepan dan merupakan pejuang yang komited.
Malah, pada minggu lalu, sebelum beliau masuk tidur, pelakon wanita itu telah menyiarkan satu kicauan yang merayu Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) untuk campur tangan terhadap isu jerebu - dengan diakhiri satu rayuan - "Adakah kita wajar mengizinkan ketamakan mengatasi kita?"
Semalaman saja, mesej tertular. Ketika tulisan ini dibuat, ia telah dikicau semula sebanyak 28,600 kali.
Tidak lama lagi berusia 40 tahun, "Ratu Hilaian" yang bertukar menjadi "Ratu Hijau" dan separuh Jerman separuh Melayu itu adalah seorang figura glamor. Dengan memegang botol air (boleh digunakan semula) miliknya sendiri dan duduk bersilang kaki di atas sofa semasa wawancara, beliau membawa getaran 'hippie-chick' yang kelihatan muda dan mempesonakan.
"Saya sentiasa merupakan seseorang yang bergerak mengikut aliran. Kerjaya saya tidak pernah dirancang. Saya tidak pernah memiliki cita-cita atau matlamat khusus untuk menjadi seorang selebriti," ujarnya.
Kebanyakan aktivisme beliau telah menurut laluan sama. The #MayaKarinChallenge atau Cabaran Maya Karin (yang mana orang menenggelamkan tubuh ke dalam air dan menarik perhatian tentang kebersihan dan ketulenan air sungai dan anak sungai Malaysia) juga menjadi tular dalam media sosial. Ia merupakan hasil daripada tindakan beliau secara spontan berswafoto ketika berbaring di sungai dalam perjalanan balik dari hutan hujan Belum di Perak.
"Ia tidak dirancang! Saya mengambil swafoto. Dan kebetulan seorang peminat membuat keputusan untuk menirunya. Saya fikir ia adalah suatu yang lucu dan saya mengulang kicau ia semula. Selepas itu kesannya seperti ledakan!". Dengan kekuatan media sosialnya (Twitter: 1.4 juta, Instagram: 950K dan sedang meningkat) itu, ia merupakan suatu yang tidak mengejutkan.
Maya juga boleh menjadi tegas apabila beliau menghendakinya.
"(Ahli sains dan pejuang alam sekitar) sibuk dengan apa yang mereka lakukan, mereka tidak ada masa untuk mempromosikan kerja mereka. Kemudian, ada orang muda yang tidak tahu ke mana mereka mahu pergi. Jadi saya amat berharap yang saya boleh menjadi penghubung antara kedua-duanya dan menjadikan mereka lebih produktif," kata Maya.
Beberapa minggu lalu, beliau telah kembali ke Belum untuk menghadiri suatu acara pemuliharaan haiwan, mengunjungi sebuah taman komuniti di Cheras, dan mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan sungai.
Sungguhpun demikian, beliau berasakan bahawa negara ini masih boleh melakukan sesuatu yang lebih banyak demi alam sekitar.
"Cabarannya masih pada pelaksanaan. Jadi walaupun kerajaan dan para pegawai bercakap mengenainya, tetapi 100 peratus komitmen penuh tidak wujud lagi. Saya tidak nampak mana-mana ahli politik yang mengambil pendirian mengenainya," tegasnya.
Maya mengaku bahawa ketakutan terbesar beliau adalah pemusnahan biodiversiti Malaysia atas nama keuntungan.
Beliau secara khusus bersifat kritikal terhadap industri minyak sawit, dengan menghujahkan bahawa:
"Apabila kita bercakap mengenai ladang sawit, pemenang sebenar hanyalah dua atau tiga orang. Ia bukanlah sesuatu yang mana keseluruhan kampung atau komuniti memperoleh manfaat daripadanya," ujarnya.
Tetapi mengapakah Maya mengambil berat?
Mungkin ia merupakan hasil didikan daripada keluarganya: Bapa Jermannya dan datuk moyang beliau (yang merupakan seorang renjer taman hutan) menyemai ke dalam dirinya rasa sayang pada hutan dan alam sekitar secara umum. Bapa Maya akan selalu membawanya ke bukit-bukit untuk mengutip blueberry dan melawat sungai-sungai.
"Malaysia mempunyai biodiversiti yang besar.. begitu juga Indonesia. Kita masih mempunyai banyak khazanah untuk dilindungi dan dihargai. Kita masih ada peluang," jelasnya.
Tetapi apakah yang berlaku jika kita meninggalkan minyak sawit? Bukankah kerosakannya telah dilakukan?
"Saya tidak berada pada kedudukan untuk menyatakan sama ada kita telah melepasi batas atau tidak. Tetapi saya berada pada kedudukan untuk menegaskan bahawa kita semua patut mengambil berat, dan kita patut melihat lebih mendalam. Saya suka jika lebih banyak profesional melakukan perkara ini," ujarnya lagi.
Aidil (yang berkicau di @sunfloweraidil), yang juga seorang rakan peminat alam sekitar menerangkan; "Kekuatan terbesar Maya adalah pendekatannya. Beliau mempunyai satu cara mengungkapkan semua konsep alam sekitar ini dan berkata bahawa dengan cara itu orang awam faham. Beliau menjadikan fahaman alam sekitar dapat diakses."
Sepertimana yang Maya sendiri catatkan: "Hanya itulah yang dapat orang hadamkan tentang isu-isu alam sekitar."
Para sinikal mungkin mendakwa bahawa aktivisme selebriti meremehkan sesuatu isu. Tetapi di Malaysia dan Indonesia, kita betul-betul memerlukan suara-suara berprofil tinggi untuk meningkatkan kesedaran dan membentuk perbahasan --- lagipun hutan KITA yang terbakar!
Pada waktu sama, syarikat-syarikat peladangan dengan ketara membisu sepanjang berlakunya serangan jerebu ini.
Mereka perlu sedar bahawa 'membisu bukanlah emas'.
Membisu tidak akan membela mereka, kerana mereka berada pada situasi bahaya yang sebenar iaitu kehilangan sokongan dari negara-negara asal mereka.
Akhirnya, kita perlu membuat keputusan sama ada industri minyak sawit adalah sebahagian masa depan atau masa lalu kita.
Dan jika ia adalah masa depan kita, maka kita mesti memastikan bahawa industri ini berkhidmat untuk kepentingan-kepentingan rakyat dan bukan sebaliknya.
* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Karim Raslan
Sun Sep 22 2019
'Malaysia mempunyai biodiversiti yang besar.. begitu juga Indonesia. Kita masih mempunyai banyak khazanah untuk dilindungi dan dihargai. Kita masih ada peluang,' kata Maya. - Nadirah Zakariya / Ceritalah
AIR 2040 perkukuh pengurusan air negara, transformasi sektor air lebih mampan
Empat fasa dalam pelaksanaan agenda AIR 2040 berpandukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) hingga Rancangan Malaysia Kelima Belas (RMK15).
AWANI Ringkas: Gangguan Seksual | Mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
AWANI 7:45 [23/12/2024] - Hab Digital Asia Tenggara | Kos rawatan kena munasabah | 47 peratus kurang puas hati | Ikut undang-undang
Malaysia tumpuan utama dunia, pelaburan digital lebih RM141 bilion tahun ini.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi "untuk sementara waktu", kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, usaha menjamin dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.
[TERKINI] Polis tahan seorang lelaki bakar wanita
Polis New York menahan seorang lelaki ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Pemaju diminta tingkat guna tenaga alternatif, utama biodiversiti - TPM Fadillah
Kerajaan meminta pihak berkepentingan, terutama pemaju perumahan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti solar dan mengutamakan kepentingan biodiversiti.
Malaysia ulangi komitmen dalam pemuliharaan biodiversiti, pemeliharaan warisan semula jadi
Nik Nazmi berkata sebagai satu daripada 17 negara mega biodiversiti, Malaysia komited untuk menguruskan biodiversitinya secara lestari.
Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo
Alam semula jadi di Borneo menyediakan habitat semula jadi bagi kupu-kupu tropika untuk berkembang dengan baik.
Lembangan Maliau: Meneroka khazanah warisan 'The Lost World of Sabah'
Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau (MBCA) di Sabah kaya dengan khazanah warisan hutan hujan tropika yang tidak disentuh arus rakus pembangunan.
Hajiji gesa lebih banyak perkongsian awam-swasta untuk lindungi kepelbagaian biodiversiti hutan Sabah
KRCP membuktikan bagaimana sektor awam dan swasta boleh bekerjasama secara berkesan melalui penglibatan dan pemerkasaan masyarakat setempat.
COP28: Nik Nazmi seru semua sektor tangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim
Langkah mitigasi dan penyesuaian perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan secara serius untuk mengurangkan kesan buruk terhadap biodiversiti negara.
Royal Belum: Dari 'kawasan hitam' kini permata berharga negeri Perak
Hutan belantara bersejarah ini menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna yang menjadikannya istimewa di mata dunia.
263 spesies hidupan marin di Taman Laut Melaka
Antara spesies yang wujud adalah terumbu karang jenis acropora yang kebiasaannya terdapat di pantai timur negara ini.
EU, Malaysia teruskan perbincangan mengenai pasukan khas ad hoc EUDR
EU serta Malaysia merupakan rakan strategik yang berkongsi objektif yang sama untuk melindungi alam semula jadi dan biodiversiti, selaras dengan komitmen yang dibuat pada biodiversiti bersejarah COP15
Kucing peliharaan bunuh 300 juta haiwan di Australia setiap tahun - Laporan
Angka itu merupakan peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding 241 juta pada 2020 selepas berlaku lonjakan pemilikan haiwan peliharaan.