KOTA KINABALU: Projek Pemuliharaan Hutan Hujan Kuamut (KRCP) boleh berperanan penting dalam melindungi kepelbagaian biodiversiti hutan Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Hajiji berkata KRCP membuktikan bagaimana sektor awam dan swasta boleh bekerjasama secara berkesan dan telus, melalui penglibatan dan pemerkasaan masyarakat setempat sejak dari awal.
Oleh itu, beliau menggesa lebih banyak perkongsian antara sektor awam dan swasta untuk melindungi hutan biodiversiti negeri ini.
"Saya mahu kita membina pencapaian KRCP untuk melindungi sebanyak mungkin hutan kita, dan memimpin dunia dalam usaha pemuliharaan berimpak tinggi dan kukuh dari segi saintifik," katanya dalam satu kenyataan selepas pertemuan dengan rakan kongsi KRCP di sini semalam.
KRCP ialah perkongsian awam-swasta antara Jabatan Perhutanan Sabah, Yayasan Sabah dan Permian Malaysia, anak syarikat Permian Global.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Permian Malaysia Ivy Wong Abdullah, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Ketua Konservator Perhutanan Sabah Datuk Frederick Kugan.
Semasa taklimat itu, Pengerusi Permian Global Stephen Ramsey menekankan bahawa KRCP, telah mengesahkan Laporan Pemantauan pertamanya pada bulan lepas yang menunjukkan pematuhan dengan piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam kemajuan Iklim, Komuniti dan Biodiversiti.
Pencapaian ini membolehkan inisiatif pemuliharaan, yang bertujuan untuk melindungi dan memulihkan 83,381 hektar hutan hujan tropika di daerah Tongod dan Kinabatangan, untuk menjana tranche pertama Unit Karbon Disahkan (VCU), katanya.
Permian Global telah menyediakan pelaburan untuk projek itu dan dengan melibatkan pihak berkuasa negeri, serta rakan kongsi saintifik dan komuniti seperti Perkongsian Penyelidikan Hutan Hujan Asia Tenggara (SEARRP) dan organisasi tertumpu komuniti PACOS Trust.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024

HAJIJI: Saya mahu kita membina pencapaian KRCP untuk melindungi sebanyak mungkin hutan kita, dan memimpin dunia dalam usaha pemuliharaan berimpak tinggi dan kukuh dari segi saintifik. - Gambar hiasan/BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

YKN sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir di Sabah
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) hari ini menyalurkan sumbangan RM300,000 kepada kerajaan Sabah bagi membantu meringankan beban penduduk terjejas banjir.

Mesyuarat GRS Ahad ini bincang pembahagian kerusi PRN Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijadual mengadakan mesyuarat Ahad ini, antara lain bagi membincangkan pembahagian kerusi yang akan ditandingi dalam PRN Sabah Ke-17.

Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.

Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.

Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman
Beliau berkata Musa adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Beri perhatian penuh kepada rakyat, pesan Tun Juhar
Juhar berkata, tanpa sokongan dan kepercayaan rakyat, tiada kejayaan yang dapat diraih oleh Sabah sepanjang 14 tahun tempoh pentadbirannya.

Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji
Juhar menyaksikan pelbagai insiden di Sabah yang melibatkan kerencaman dunia politik, ekonomi, keselamatan, kesihatan dan pendidikan.

Pelaburan berimpak tinggi di SOGIP dijangka beroperasi pada 2026, 2027 - Hajiji
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji
Peruntukan tersebut akan diberikan bermula tahun depan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan di negeri itu.