DUBAI: Menangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim harus diberi perhatian utama oleh semua sektor, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata, langkah mitigasi dan penyesuaian perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan secara serius untuk mengurangkan kesan buruk terhadap biodiversiti negara, selain itu wujud keperluan untuk menangani aspek kewangan pemuliharaan biodiversiti itu.
"Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal (KMGBF) memerlukan sekurang-kurangnya AS$200 bilion setahun dengan sebahagian besar datang daripada negara kaya kepada negara berpendapatan rendah.
"Malaysia berhasrat untuk menyokong sumbangan yang saksama, mengiktiraf tanggungjawab bersama negara dalam memulihara biodiversiti," katanya dalam ucaptama pada Hari Air dan Biodiversiti di Pavilion Malaysia, Persidangan ke-28 Pihak-Pihak (COP28) bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), di sini.
Nik Nazmi berkata, biodiversiti menyediakan keperluan ekonomi dan sosial penduduk yang merupakan nadi planet ini dan mempunyai peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekologi, peraturan iklim serta kesejahteraan ekonomi.
"Pantai dan laut di Malaysia juga dikurniakan kekayaan biodiversiti marin, ekosistem, habitat dan sumber semula jadi lain.
"Zon Eksklusif Ekonomi negara bertindih kawasan Segitiga Terumbu Karang yang dianggap mempunyai kepelbagaian hidupan marin terbesar di dunia di perairan yang mempunyai banyak terumbu karang, hutan bakau, kawasan tanah lembut dan berlumpur, kawasan rumput laut serta pantai pasir," katanya.
Justeru, bagi memulihara hidupan hutan dan marin, kerajaan telah menambah peruntukan Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti (EFT) daripada RM70 juta pada 2022 kepada RM150 juta pada 2023 dan RM200 juta pada 2024, katanya.
Ini adalah untuk memberi insentif kepada semua negeri di Malaysia untuk melindungi dan meningkatkan liputan kawasan perlindungan, katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023

Menangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim harus diberi perhatian utama oleh semua sektor, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. - Foto BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Malaysia terdedah kepada impak perubahan iklim - Nik Nazmi
Walaupun Malaysia menghasilkan hanya 0.8 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau dunia, negara ini sangat terdedah kepada kesan perubahan iklim.

Isu Palestin: PM Anwar pilih pertahan prinsip berbanding takut pelaburan terjejas
Anwar mengakui usaha menarik dan merealisasikan pelaburan bernilai tinggi masuk ke negara ini bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi ia sesuatu yang amat penting bagi meningkatkan ekonomi negara.

China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim
Menurut Xie, kedua-dua negara akan menubuhkan kumpulan kerja bersama untuk menggerakkan proses multilateral dan melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) masing-masing.

UAE Consensus titik bersejarah komitmen global tangani perubahan iklim - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, hasrat itu terkandung di bawah agenda 'The First Global Stocktake' yang menilai kemajuan dan jurang pelaksanaan Perjanjian Paris.

Persidangan Iklim PBB seru 'peralihan' bahan api fosil
Teks pengisytiharan COP28 diterbitkan pada pagi Rabu oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) selaku tuan rumah persidangan terbabit.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COP28: Urbanice Malaysia, PR1MA Corporation Malaysia jalin kerjasama dengan UN-Habitat, Masdar City
Kolaborasi itu melibatkan Urbanice Malaysia dan UN-Habitat serta PR1MA Corporation Malaysia dan Masdar City, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang
Lebih banyak usaha melalui pendidikan dan tekad politik diperlukan untuk beralih dari sumber hasil negeri berasaskan pembalakan dan perlombongan kepada sumber alternatif yang lebih mampan.

COP28: Nik Nazmi seru semua sektor tangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim
Langkah mitigasi dan penyesuaian perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan secara serius untuk mengurangkan kesan buruk terhadap biodiversiti negara.

Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.