ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Disember 2023.


1. Situasi hidup penduduk Gaza semakin buruk - Ketua Hak Asasi Manusia PBB

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk pada Rabu berkata rakyat Palestin di Gaza hidup dalam situasi yang semakin buruk ketika mereka terus diserang tanpa henti oleh Israel dan dihukum secara kolektif.



2. Doctors Without Borders desak gencatan senjata, beri penghormatan kepada rakan terkorban di Gaza

Kakitangan Doctors Without Borders (MSF) yang berpangkalan di Paris berhimpun di luar bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, pada Rabu untuk menggesa gencatan senjata berterusan di Gaza.


3. Ketua PBB guna Artikel 99, beri amaran konflik Gaza boleh burukkan keamanan dunia

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Rabu memberi amaran kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bahawa konflik di Semenanjung Gaza boleh memburukkan ancaman kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.


4. “Semua orang di Gaza kelaparan” - WFP

Ketua pertubuhan Program Makanan Sedunia (WFP), Cindy McCain memberi amaran berlaku batasan akses makanan dan minuman ke Semenanjung Gaza ketika ini.


5. 3 maut dalam tembakan rambang di Universiti Nevada, Las Vegas

Seramai tiga orang terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam insiden tembakan rambang di Universiti Nevada, Las Vegas di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.


6. Putin lakukan lawatan ke UAE dan Arab Saudi

Presiden Rusia Vladimir Putin melakukan lawatan ke negara yang jarang dilawatinya iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.


7. Biden merayu lepaskan bantuan ketenteraan Ukraine

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden merayu kepada Republikan melepaskan bantuan ketenteraan baharu kepada Ukraine.


8. Penerbangan Pelita Air Indonesia tergendala akibat jenaka mengenai bom

Penerbangan Pelita Air IP 205 dari Surabaya ke Jakarta pada 1.20 tengah hari waktu tempatan pada Rabu tertunda berikutan seorang penumpang membuat jenaka berkaitan bom.


9. COP28: Urbanice Malaysia, PR1MA Corporation Malaysia jalin kerjasama dengan UN-Habitat, Masdar City

Delegasi Malaysia daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dan pertukaran dokumen persefahaman dengan beberapa rakan strategik di Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) di Dubai pada Rabu.


10. UNESCO perakui Songkran sebagai warisan budaya tidak ketara kemanusiaan

Songkran, perayaan Tahun Baharu tradisional Thailand, mendapat pengiktirafan dalam Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (ICH).