KUALA LUMPUR: Kesatuan Eropah (EU) dan Malaysia akan meneruskan perbincangan untuk menubuhkan pasukan petugas ad hoc bagi menyokong pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan EU (EUDR) di Malaysia.
Ketua Pengarah Alam Sekitar EU, Dr Florika Fink-Hooijer berkata EU serta Malaysia merupakan rakan strategik yang berkongsi objektif yang sama untuk melindungi alam semula jadi dan biodiversiti, selaras dengan komitmen yang dibuat pada biodiversiti bersejarah COP15 di Montreal.
"Saya gembira kerana EU dan Malaysia meneruskan dialog konstruktif termasuk bekerjasama dalam bidang alam sekitar.
"Kami juga berpeluang meneruskan perbincangan mengenai matlamat bersama bagi menghentikan penebangan hutan dan menyokong perdagangan komoditi lestari."
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi serta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad termasuk pemimpin perniagaan, pengeluar, pekebun kecil serta pertubuhan alam sekitar.
Fink-Hooijer melawat Malaysia semalam untuk meningkatkan kerjasama EU-Malaysia dalam isu alam sekitar dan sebagai susulan kepada misi diplomatik Malaysia ke Brussels bersama Indonesia bulan lepas.
Kedua-dua negara telah membincangkan kerjasama dan usaha bersama mengenai penebangan hutan serta kemerosotan alam sekitar dengan EU.
Semasa lawatannya, Fink-Hooijer berkongsi perspektif dan kemajuan mengenai dasar EU termasuk menerima pandangan daripada aktivis alam sekitar, pemuliharaan dan usahawan sosial di negara ini.
"EU, bersama-sama dengan negara anggotanya, telah lama bekerjasama dengan pihak berkepentingan Malaysia, baik kerajaan dan bukan kerajaan, untuk meningkatkan standard bagi perlindungan hutan serta biodiversiti sambil menetapkan laluan ke arah ekonomi kitaran."
Fink-Hooijer berkata perbincangan dengan Niz Nazmi merangkumi kerjasama alam sekitar pelbagai hala antara EU dan Malaysia selain pengukuhan perkongsian dua hala EU-Malaysia mengenai biodiversiti dan ekonomi kitaran.
"Mesyuarat itu akan disusuli dengan pertukaran tematik pada minggu-minggu akan datang mengenai plastik, pemerdagangan hidupan liar dan pelaksanaan Perjanjian Biodiversiti Global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2023
Semasa lawatannya, Fink-Hooijer berkongsi perspektif dan kemajuan mengenai dasar EU termasuk menerima pandangan daripada aktivis alam sekitar, pemuliharaan dan usahawan sosial di negara ini. -Gambar fail/Reuters
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Pasar Krismas dibuka di Damsyik
Menyelang sambutan Krismas tidak lama lagi, sebuah pasar dikelilin dibuka di Damsyik pada Khamis, sepuluh hari selepas kejatuhan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
Anwar sertai Sidang Kemuncak G20 hari ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Musuem of Modern Art di sini untuk menyertai Sidang Kemuncak G20.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan keyakinan bahawa China akan meningkatkan langkah rangsangan ekonomi bagi menyokong ekonominya, kata seorang peniaga.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China.
Malaysia seru komuniti perniagaan Perancis tingkatkan kerjasama demi kemakmuran ASEAN
Kerajaan menyeru komuniti perniagaan Perancis di negara ini meningkatkan kerjasama berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mewujudkan komuniti sejahtera.