Dia baru beberapa jam saja memulakan operasi perniagaan, namun 'Cendol Abang Kacak' yang viral di laman sosial sejak Ahad lalu telah terjual lebih 100 mangkuk.
Menggunakan motosikal roda tiga, M. Kelvinraj memilih Jalan Yang Kalsom sebagai lokasi utama menjalankan perniagaan Wawasan Cendol milik keluarganya sejak setahun lalu.
"Pada hujung minggu sahaja saya akan berniaga di Jalan Bandar Timah di sini berhampiran Plan B Ipoh, pada hari bekerja saya akan berniaga di Jalan Yang Kalsom kerana lebih ramai pelanggan.
"Saya sudah membantu keluarga menjual cendol ini sejak dua bulan lalu dan tidak menyangka akan menjadi viral dan terkenal seperti baru-baru ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.
Jejaka tampan berusia 18 tahun itu berkata pada hari biasa, dia mampu menjual kira-kira 150 mangkuk dan bungkus cendol manakala pada hujung minggu pula angka itu bertambah kepada 300.
Jelas Kelvinraj, dia diberitahu oleh seorang sahabat bahawa perniagaannya menjadi perhatian ramai di laman sosial dan berharap melalui peluang ini, perniagaan cendolnya akan bertambah maju.
Menyimpan cita-cita untuk membantu bapanya membuka kedai menjual condol suatu hari nanti, anak kedua daripada empat beradik itu berharap bukan hanya wajahnya menjadi bualan ramai, malah keenakan cendol hasil air tangan ibunya itu turut meniti dari bibir ke bibir.
"Saya rasa sedikit seronok apabila orang memuji kesungguhan saya bekerja dan dalam masa yang sama saya harapkan keenakan cendol ini akan turut terkenal kerana ia lebih bermakna bagi saya," katanya.
Kelvinraj berkata kebanyakan pelanggan setianya memberitahu keistimewaan cendolnya itu terletak pada rasa gula melaka serta santan asli.
"Mungkin ramai penjual cendol lain mencampurkan gula melaka dengan gula pasir selain mencampurkan santan dengan air kerana mahu jimat, namun resepi yang digunakan emak saya ini menggunakan seratus peratus gula melaka dan santan asli," katanya.
Perniagaan Wawasan Cendol yang dimulakan sejak setahun lalu menawarkan pelbagai pilihan cendol seperti cendol jagung, kacang dan pulut dengan harga lingkungan RM3 hingga RM4.50.
"Selalunya saya akan berniaga sekitar tiga hingga empat jam sehari iaitu dari 12 tengah hari hingga 4.30 petang bergantung kepada bilangan pelanggan yang datang," katanya.
Sementara itu, Afiq Naimuallah, 18, pelajar sebuah kolej yang menetap di Pengkalan Pegoh, berkata ini kali pertama dia mencuba cendol Kelvinraj.
"Saya jarang makan cendol, selalunya saya akan makan ais kacang, tetapi apabila mencuba cendol ini saya memang rasa sangat sedap. Manis gula melaka dia bukan seperti manis yang boleh bagi sakit tekak, orang kata 'ngam ngam' je," katanya.
Bagi pekerja swasta, Nursyasya Ahmad Zaidi, 19, dia kali pertama mencuba sejak 'Cendol Abang Kacak' mula viral di laman sosial.
"Saya boleh minum dua mangkuk dan bagi saya memang enak dan tak sama seperti di tempat lain. Setiap kedai cendol ada keistimewaan masing-masing tapi bagi saya cendol ni enak sebab santan dia tak cair," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2016
Peniaga cendol kacak M.Kelvinraj, 18, menyiapkan cendol untuk dihidangkan kepada pelanggan di gerainya yang terletak di Jalan Yang Kalsom hari ini. - Foto BERNAMA
Dua beradik maut tertimbus, seorang cedera
Dua beradik maut manakala seorang lagi cedera selepas terperangkap dalam insiden tanah runtuh pada Jumaat.
Kejadian berlaku di Kampung Bukit Apit di Ajil, Hulu Terengganu.
Kejadian berlaku di Kampung Bukit Apit di Ajil, Hulu Terengganu.
[TERKINI] Jumlah mangsa di sembilan negeri lepasi 100,000
Jumlah mangsa banjir di 38 daerah di sembilan negeri kini melepasi 108,705 orang membabitkan 33,094 keluarga, setakat pukul 11 malam tadi.
10 Berita Pilihan - (29 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Paus Orca guna teknik buruan baharu bunuh jerung paus, kata saintis
Sekumpulan paus pembunuh atau Orca di perairan Mexico mungkin mengembangkan teknik pemburuan baharu untuk memburu jerung paus, ikan terbesar di dunia.
Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan catat jumlah tertinggi
Bilangan mangsa di lapan negeri terjejas banjir terus meningkat manakala di Perak tidak berubah dan setakat 8 malam ini, jumlah mangsa berlindung di PPS adalah seramai 106,505 orang.
Kenya seru negara Afrika terima zon ekonomi khas untuk pacu pertumbuhan
Presiden Kenya William Ruto pada Khamis menyeru negara-negara Afrika untuk mengintegrasikan zon ekonomi khas (ZEK) dalam strategi transformasi benua bagi memacu pertumbuhan, lapor Xinhua.