IPOH: Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengalami kecederaan selepas dipijak pegawai kanan jabatan sama di Depot Imigresen Sementara, Bidor pada Khamis.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian oleh mangsa pada 10 Mac, jam 2 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.
Katanya, siasatan polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada jam 9.30 pagi Khamis ketika hari terakhir mangsa yang juga seorang lelaki menjalani Ujian Kecergasan Pegawai dan Anggota Pasukan Taktikal Khas (Pastak).
"Mangsa bersama dua pelatih diarahkan oleh suspek melakukan hukuman tekan tubi sebanyak 20 kali. Semasa sedang melakukan tekan tubi, suspek telah memijak bahagian belakang leher sehingga menyebabkan mangsa tersungkur.
"Disebabkan perbuatan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian hidung, sebatang gigi hadapan patah, luka bahagian gusi dan luka pada bibir," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Jelasnya, akibat kecederaan itu, mangsa berusia 25 tahun telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam, Selangor.
Mohd Yusri berkata, pihak polis telah memanggil suspek dan kesemua saksi yang terlibat dalam kejadian tersebut bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 12 2023
Mohd Yusri berkata siasatan polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada jam 9.30 pagi Khamis. - Foto BERNAMA
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
'Palmeiras kelab bola sepak, bukan bahagian perubatan'
Neymar sedang bergelut dengan tahap kecergasannya selepas perpindahan berprofil tinggi ke kelab Liga Pro Saudi Al Hilal pada musim panas lalu.
Bicara kes cedera, khianat Norjuma bermula April dan Mei tahun hadapan
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Syed Saddiq cedera terlanggar dahan pokok tumbang ketika sertai Ironman Malaysia
Dipercayai kejadian berlaku semasa Syed Saddiq sedang melakukan disiplin berbasikal ketika hujan.
Ada kecederaan pada empat pelajar tahfiz, dipercayai melarikan diri - Polis
Rusdi berkata, tempoh kecederaan itu dipercayai berlaku semasa mereka berada di pusat tahfiz itu, namun perkara tersebut masih dalam siasatan.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Ee Wei cedera dalam kemalangan tak diduga di gim ABM
Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei dijangka terlepas aksi Terbuka Artic di Finland dari 8-13 Okt selepas kemalangan tak diduga di gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM) Selasa lepas.
Angka korban di Gaza meningkat kepada 41,431, lebih 95,818 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan.
Korban Taufan Shanshan meningkat kepada enam, 125 cedera di Jepun
Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang.
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang
Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota EMRS dan dihantar ke hospital.
16 dirawat di hospital selepas kebakaran roda Ferris di Leipzig
Enam belas orang yang cedera selepas sebuah roda Ferris terbakar di sebuah festival di Leipzig telah menerima rawatan di hospital.