GEORGE TOWN:Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau kenaikan harga bawang merah di pasaran yang dilaporkan meningkat secara drastik.
Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata pemantauan itu bagi memastikan tiada aktiviti pencatutan atau kenaikan harga secara berlebihan selepas India mengenakan pengharaman eksport disebabkan bencana banjir monsun di negara itu.
Beliau berkata CAP telah melakukan tinjauan di pasar sekitar Pulau Pinang bulan lepas dan mendapati harga bawang merah import dari China, Holland dan Pakistan meningkat daripada RM4.00 kepada RM7.50 sekilogram dan kini harga komoditi tersebut telah meningkat kepada RM10.50 sekilogram.
"KPDNHEP seharusnya menjalankan siasatan segera terhadap kenaikan harga bawang yang terlalu tinggi, sama ada peningkatan itu wajar serta memeriksa kualiti bawang tersebut.
"Pihak kementerian juga tidak seharusnya teragak-agak untuk melaksanakan skim kawalan harga seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sekiranya keadaan mendesak," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
BACA: Malaysia import bawang dari pelbagai negara, elak gangguan bekalan
Aduan biasa yang diterima oleh CAP ialah bawang merah berkualiti rendah tetapi harganya mahal manakala peruncit mendakwa masalah bermula apabila bekalan dari India terhenti.
Sementara itu, CAP menggesa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) supaya memeriksa pengimportan bawang di samping memastikan bekalan bawang merah terus berada dalam pasaran selain perlu menggalakkan petani tempatan dan masyarakat mengusahakan tanaman bawang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020
CAP berkata, sekiranya keadaan mendesak, KPDNHEP tidak seharusnya teragak-agak melaksanakan skim kawalan harga terhadap bawang merah seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang. - Gambar hiasan
LaLiga: Ancelotti optimis Kylian Mbappe sudah kembali temui rentak
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, percaya kritikan diri Kylian Mbappe telah meningkatkan kembali prestasinya di Los Blancos.
2 sahabat makan ikan mentah, minum air laut sepanjang hanyut
Dua sahabat Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, dan rakannya Nor Hasrul Abdullah berkongsi pengalaman bagaimana mereka hanya makan ikan mentah dan minum air laut sepanjang hanyut selama enam hari sebelum diselamatkan oleh nelayan di perairan Acheh.
Dua mangsa bot hanyut selamat tiba di Malaysia
Dua mangsa bot hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, Selasa lalu selamat tiba di Jeti Limbungan Batu Maung, PULAU PINANG hari ini. Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, dan Nor Hasrul Abdullah, 25, dibawa dari perairan Acheh, Indonesia oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menaiki KM Burau dan tiba pada jam 3 pagi Isnin.
Prabowo demam, tangguh pertemuan dengan Anwar
Pertemuan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto yang dijadualkan berlangsung di Langkawi hari ini, terpaksa ditangguhkan kepada tarikh yang belum ditetapkan.
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
AWANI Pagi: Caj Hospital Mahal, Apa Penyelesaian Jangka Panjang
#AWANIpagi akan bersama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, diskusi bagi mencari penyelesaian jangka panjang mengenai caj hospital mahal yang membelenggu ketika ini.
Penghargaan Bin Shen buat BAM, pemain
Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menyifatkan tempoh empat tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.
Ibu tidak benar anak jadi nelayan lagi, risau insiden hanyut berulang
Hanita berkata Muhammad Ikmal Hakimi masih muda dan belum mahir mengenai keadaan laut, malah tidak sesuai menjadi nelayan.
AWANI Ringkas: Kes kematian kucing di UM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Apa Artinya Aku' - Kolaborasi epik Yovie Widianto bersama Lyodra, Tiara Andini, dan Ziva Magnolya
Menurut Yovie Widianto, pemilihan ketiga-tiga penyanyi ini dibuat berdasarkan kehebatan vokal mereka yang luar biasa.
Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan
Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah.
India hapus sekatan harga minimum eksport beras basmati, bawang
Kerajaan juga telah menarik balik syarat-syarat MEP bagi eksport bawang dan mengurangkan duti eksport daripada 40 peratus kepada 20 peratus.
Kerajaan mahu perluas penanaman bawang di Sabah dan Sarawak
Bagaimanapun, kajian menyeluruh termasuk penilaian kesesuaian tanah perlu dilaksanakan pihak berwajib bagi memastikan projek berjalan lancar.
Inisiatif penanaman bawang skala besar dilaksana melalui dua fasa - Jabatan Pertanian
Projek upskilling tanaman bawang dijalankan pada 24 Jan lepas di kawasan seluas satu hektar di Kampung Ladang Bikam, Sungkai, Perak.
India larang eksport bawang
Kerajaan India memutuskan untuk memindahkan eksport bawang daripada kategori bebas kepada larangan sehingga 31 Mac.
India kenakan duti eksport baharu ke atas bawang
Pengeksport bawang terbesar dunia, India mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang berkuat kuasa serta-merta. Cukai tambahan itu akan berkuat kuasa sehingga 31 Dis.
Doktor kongsi cara buat ubat batuk guna dua bahan sahaja
Yang menariknya petua ini boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak-anak jadinya.
Harga cili, bawang merah kembali stabil - Rosol
Susulan kemasukan bekalan barangan tersebut dari India dan Pakistan, yang sebelum ini terhenti seketika akibat banjir.
Harga cili merah mula turun - Nanta
Sebagai contoh, harga purata cili merah kulai pada Disember 2020 adalah RM23 sekilogram (kg), namun minggu ini turun sebanyak 17 peratus kepada RM19 per kg.
Pengguna disaran guna bawang negara lain - KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihatkan pengguna supaya memilih bawang merah import dari negara lain susulan harga bawang dari India melonjak pada masa ini.
CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah
CAP melakukan tinjauan sekitar pasar Pulau Pinang dan mendapati harga bawang merah import dari China, Holland dan Pakistan meningkat daripada RM4.00 kepada RM10.50 sekilogram.