KUALA TERENGGANU:Harga cili dan bawang merah yang sebelum ini melambung tinggi di pasaran, didapati mengalami penurunan ketara dan kembali stabil sejak minggu lalu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, ia susulan kemasukan bekalan barangan tersebut dari India dan Pakistan, yang sebelum ini terhenti seketika akibat banjir.
"Isu harga bawang merah dan cili merah sudah tidak timbul kerana import bekalan dari India dan Pakistan sudah boleh masuk, sebelum ini di sana banjir.
"Kita dapati penurunan harga (bawang dan cili) melebihi 10 peratus, kerana bekalan sudah mula stabil di pasaran," katanya kepada media selepas melawat keluarga pelajar pintar yang daif Muhammad Mu'az Zhofri, 13, di Kampung Losong, di sini hari ini.
Tambah Rosol lagi, KPDNHEP sentiasa melakukan pemantauan harga dan bekalan secara berterusan melalui 2,300 anggota penguatkuasanya, di seluruh negara.
Beliau berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku manipulasi harga dan bekalan yang akan membebankan para pengguna.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021

Menurut Rosol, bekalan cili dan bawang merah sudah mula stabil di pasaran sekali gus menurunkan harga. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Harga cili, bawang merah kembali stabil - Rosol
Susulan kemasukan bekalan barangan tersebut dari India dan Pakistan, yang sebelum ini terhenti seketika akibat banjir.

Harga cili merah mula turun - Nanta
Sebagai contoh, harga purata cili merah kulai pada Disember 2020 adalah RM23 sekilogram (kg), namun minggu ini turun sebanyak 17 peratus kepada RM19 per kg.

MAQIS rampas 640kg cili merah dari China tiada permit import
Terdapat 102 bakul cili merah besar di dalam sebuah kontena sayuran dari China yang tidak mempunyai permit import.

PKPB jadi alasan kenaikan harga cili, kacang bendi di Alor Setar
Harga cili merah iaitu dari RM11 mencecah RM16 sekilo manakala kacang bendi dari RM5 naik menjadi RM6 hingga RM7 sekilo.

Harga cili merah melambung akibat kemarau, cecah RM20 sekilogram di Kedah
Hasil tinjauan mendapati sejak minggu lepas, cili hidup naik dengan harganya mencecah RM20 sekilogram.

MOA perketatkan kawalan kemasukan cili import - Salahuddin
Kerajaan menggantung import permit cili merah Vietnam sejak 14 Sept lepas setelah didapati mempunyai sisa racun perosak melebihi tahap yang dibenarkan.

'Taklukan' cili import: Kementerian tubuh 'task force'
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah menggerakkan satu pasukan bertindak bagi menangani isu berbangkit daripada pengimportan sayur-sayuran dan buah-buahan.