PUTRAJAYA:Harga cili di pasaran termasuk cili merah kulai, cili merah minyak dan cili akar mula menunjukkan penurunan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata sebagai contoh, harga purata cili merah kulai pada Disember 2020 adalah RM23 sekilogram (kg), namun minggu ini turun sebanyak 17 peratus kepada RM19 per kg.
Katanya, peningkatan harga sayur-sayuran seperti cili disebabkan oleh perubahan musim yang melanda negara dan faktor perubahan cuaca terlampau sejuk di daerah tanah tinggi pengeluar bekalan utama seperti di Cameron Highlands.
"Keadaan cuaca ini telah menyebabkan kualiti dan kuantiti sayur-sayuran berkurangan," katanya dalam kenyataan hari ini susulan lawatan mengejut ke pusat pengumpulan sayur (jenis tanaman cili merah) di Telok Panglima Garang, Selangor, semalam.
Nanta berkata penanaman cili di Malaysia amat dipengaruhi elemen cuaca, jenis tanah dan pasir dengan nilai Ph5.5-6.5 dan tahap kelembapan yang sederhana.
Menurut beliau, luas fizikal ladang cili di Malaysia ialah 576.85 hektar dengan 204.45 hektar daripadanya adalah cili kulai.
"Penggunaan cili oleh pengguna Malaysia dianggarkan kira-kira 0.006 kg seorang sehari, 0.17 kg sebulan dan 2 kg setahun. Keperluan untuk setahun bagi 32.73 juta rakyat Malaysia ialah 65.46 juta kg," katanya.
Beliau berkata satu perbincangan akan diadakan dengan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengenai langkah strategik dan progresif untuk meningkatkan keupayaan petani cili tempatan daripada 45 peratus kepada satu tahap menguntungkan petani dan pengguna dari segi harga.
Sementara itu, Nanta berkata sebanyak 320 premis peruncit dan pembekal telah diperiksa dalam Op Pasar 2021 (sayur-sayuran) yang dijalankan pada 12 hingga 21 Jan lepas.
"Sebanyak 337 notis bertulis telah dikeluarkan kepada peniaga untuk memantau aduan dan dakwaan kenaikan harga dan mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan," katanya.
Selain cili, katanya harga bawang merah turut dijangka turun tidak lama lagi berikutan India telah mengeksport semula bahan itu dan telah tiba di pelabuhan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 23 2021

Nanta (kanan) mengadakan lawatan mengejut ke pusat pengumpulan sayur di Telok Panglima Garang, Selangor, semalam. - Facebook KPDNHEP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Banjir: 'Saya rugi RM40,000 dalam sekelip mata, 5,000 pokok cili musnah' - Pekebun
Ahmad Irham Mohd Noor hilang punca pendapatan selepas kebunnya ditenggelami air di Kampung Sri Tanjung beberapa hari lalu.

Harga cili merah mula turun - Nanta
Sebagai contoh, harga purata cili merah kulai pada Disember 2020 adalah RM23 sekilogram (kg), namun minggu ini turun sebanyak 17 peratus kepada RM19 per kg.

Tiada lagi import cili merah dari Vietnam dibenarkan tahun ini
Pemantauan persampelan cili merah dari negara berkenaan menunjukkan kandungan 'maximum residue limit' (MRL) melebihi paras dibenarkan.

Syarikat Palestin, Thailand dianugerahkan F&B Paling Inovatif di MIHAS 2019
Palolea dan Star Herb Pharma Co. Ltd. mendapat tempat pertama dan kedua di majlis anugerah MIHAS 2019.

'Taklukan' cili import: Kementerian tubuh 'task force'
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah menggerakkan satu pasukan bertindak bagi menangani isu berbangkit daripada pengimportan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Awas! Jangan sembarangan makan cili
Lelaki berusia 34 tahun itu mengalami sakit kepala yang teruk (thunderclap headaches) selepas makan cili Carolina Reaper.