TAPAH: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tidak menolak kemungkinan Projek Pembangunan Tanaman Bawang diperluaskan ke Sabah dan Sarawak bagi menampung permintaan bawang di peringkat domestik.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri berkenaan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata kajian secara menyeluruh termasuk penilaian kesesuaian tanah perlu dilaksanakan oleh pihak berwajib bagi memastikan projek itu berjalan lancar.
"Buat permulaan ini kita laksanakan projek rintis terlebih dahulu dan ia telah dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Perak, Perlis dan yang terbaru di Jabatan Pertanian Serdang.
"Untuk memperluaskan kawasan tanaman, kita perlu buat kajian terlebih dahulu di sesuatu kawasan. Sekiranya sesuai (tanaman bawang) maka tiada sebab untuk kita tidak membuka ruang dengan lebih luas bagi menjayakan projek ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Ladang Penanaman Bawang di G7, Kampung Baru Kuala Bikam, Bidor di sini, semalam, yang turut dihadiri Pengarah Pertanian Perak Norsiyenti Othman.
Pada 28 Feb lepas, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan menyasarkan 14,470 tan bawang dihasilkan menjelang 2026 menerusi program itu yang melibatkan kawasan seluas 1,374 hektar di seluruh negara.
Menurut Mohamad Sabu inisiatif itu juga bertujuan mencapai sasaran pengurangan 30 peratus pengimportan bawang menjelang 2030.
Sementara itu, Arthur Joseph turut berharap kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pihak kementerian khususnya dalam penyediaan tanah bagi memastikan sasaran tersebut dapat dicapai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024

Arthur Joseph (dua, kiri) meninjau pelaksanaan penanaman bawang merah ketika mengadakan Lawatan Kerja ke Ladang Penanaman Bawang di G7, Kampung Baru Kuala Bikam, Bidor, 3 Mac 2024. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia, Turkmenistan teroka peluang kerjasama dalam sektor pertanian
Kedua-dua pemimpin mengambil peluang untuk bertukar-tukar maklumat mengenai struktur serta bidang tanggungjawab kementerian masing-masing.

BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Formula Kerajaan Perpaduan jadi asas kerjasama BN-PH dalam PRN17 Sabah
Formula tersebut menjadi salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh kedua-dua parti dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini.

Pesawah digalak tingkat tanaman padi spesial
KPKM menggalakkan pesawah mengusahakan tanaman padi spesial kerana ia mempunyai nilai komersial dan harga jualan yang lebih tinggi berbanding beras putih biasa.

Malaysia-Brazil bekerjasama rebut peluang pasaran halal bernilai AS$3 trilion - Timbalan Menteri
Transaksi pertanian antara kedua-dua negara telah berada dalam aliran menaik sehingga mencecah RM6.4 bilion pada 2023.

Kerjasama BN, PH pada PRN Sabah formula terbaik - PBRS
Arthur berkata PBRS melihat kerjasama itu sebagai tepat untuk mengekalkan formula Kerajaan Perpaduan yang terbukti menjamin kestabilan.

Kestabilan, misi jelas pacu sektor pertanian Johor
Ia juga dibantu beberapa faktor termasuk kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dan sokongan utuh di peringkat akar umbi.

Keputusan mahkamah Belanda hadiah istimewa buat rakyat Sabah sempena Hari Malaysia
Pihaknya akan terus menyokong segala usaha kerajaan untuk memastikan keselamatan dan kepentingan rakyat Sabah dan Malaysia dilindungi setiap masa.

FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.

KPKM tingkat peruntukan pertanian Terengganu sekali ganda
Peruntukan besar itu bagi memperkasakan agenda keterjaminan makanan negara khususnya di Terengganu.