KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan melaksanakan satu pascanilai menyeluruh berkaitan isu ketidakhadiran calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menterinya Datuk Radzi Jidin berkata isu ketidakhadiran calon bukanlah suatu isu baharu malah angka sekitar 10,000 calon tidak hadir pada peperiksaan tahun lepas adalah lebih kurang sama dengan angka dicatatkan pada tahun-tahun sebelumnya.
Walaupun beberapa faktor menyumbang kepada keputusan calon tidak menduduki peperiksaan tersebut telah dikenal pasti sebelumnya, Mohd Radzi berkata pihaknya akan menjalankan satu analisis untuk mengenal pasti pendekatan menyeluruh dalam memastikan perkara ini tidak berlarutan.
"Kami sedang teliti keputusan yang baru kita umumkan (SPM 2021). Kita sedang melihat apakah kekangan dan cabaran baharu yang dihadapi dalam konteks ketidakhadiran calon dalam SPM. Secara keseluruhannya, sebelum ini pun berlaku calon tidak hadir dan memilih untuk terus tidak duduki peperiksaan itu.
"Perkara ini yang kami akan lihat secara lebih menyeluruh. Ia tidak boleh kita lihat secara peacemeal kerana perkara ini dah berlarutan sekian lama," katanya dalam sidang media Majlis Sambutan Ulangtahun ke-66 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perasmian JENDELA DBP.
Radzi berkata usaha kementeriannya dalam menerapkan konsep 'Sekolahku Sejahtera' untuk memupuk minat pelajar kepada sistem persekohan boleh dilihat sebagai langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah tersebut.
"Antara perkara kita tekankan dalam Sekolahku Sejahtera antaranya adalah untuk mewujudkan suasana sekolah yang cukup seronok untuk (pelajar) hadir , kita tidak perlu paksa mereka dan mereka sendiri merasakan sekolah itu tempat mereka.
"Kalau kita tidak tangani secara menyeluruh dan cerakinkan satu persatu, kita tidak dapat mencari pendekatan atau mekasnime yang sesuai (untuk menyelesaikan masalah itu)," katanya.
Sementara itu, apabila ditanya adakah terdapat kemungkinan pelajar sekolah kini lebih minat untuk bekerja dan tidak menumpukan perhatian kepada persekolahan, Radzi berkata beliau sendiri pernah menemui ibu bapa kepada pelajar yang tidak memasuki sistem persekolahan kerana sudah selesa bekerja.
Oleh itu, beliau berkata kesedaran bahawa sekolah adalah komponen penting dalam pembangunan anak muda perlu dihayati oleh semua termasuk ibu bapa.
"Murid, ibu-bapa, guru-guru dan masyarakat secara bersama perlu bekerjasama bagi memastikan anak kita terus bersekolah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022
Radzi berkata, angka sekitar 10,000 calon tidak hadir pada peperiksaan tahun lepas adalah lebih kurang sama dengan angka dicatatkan pada tahun-tahun sebelumnya. - Gambar/ Bernama
Terbuka Malaysia 2025: Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua
Pasangan beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai melangkah mudah ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Malaysia 2025.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya kini ranking ke-132 dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
Seorang pelakon China yang dilaporkan hilang minggu lalu berhampiran sempadan Thailand-Myanmar dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.
RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.
Logo VM2026 rekaan pelukis tempatan, bukan ilustrasi AI
Rekaan logo rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang menampilkan ilustrasi beruang matahari merupakan rekaan seorang pelukis tempatan dan bukannya janaan kecerdasan buatan (AI).
Bumbung Axiata Arena bocor, PSM mohon maaf
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada semua pihak, terutama penganjur dan peminat sukan badminton, berikutan insiden kebocoran bumbung di Axiata Arena semalam.
[TERKINI] Peniaga mengaku salah hina Agong di media sosial
Seorang peniaga gerai makanan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menerbitkan satu hantaran menghasut yang menghina Yang di-Pertuan Agong dalam media sosial pada Disember lalu.
UTM, UMPSA terima Naib Canselor baharu - KPT
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan Naib Canselor baharu bagi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Lesen Layang-Layang Island Resort dibatalkan - MOTAC
Lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd dibatalkan berkuat kuasa Isnin lalu (6 Januari).
e-PCB Plus ganti sistem perkhidmatan potongan cukai sedia ada - LHDN
LHDN memperkenalkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu, e-PCB Plus, bagi menggantikan sistem sedia ada.
Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini
Cuaca cerah pagi ini di kebanyakan negeri membantu melancarkan perjalanan calon untuk menghadiri ujian penting itu.
Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan
Seramai 49,980 calon di Johor akan duduki kertas peperiksaan Bahasa Inggeris kertas satu dan dua serta Tasawwur Islam pada Isnin depan.
SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir
Langkah tersebut antara mekanisme dan pelan integrasi bagi memastikan kesemua calon SPM di negeri berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan.
Calon SPM berdepan masalah, maklum segera kepada sekolah, JPN
Wong berkata, pihaknya bersedia membantu calon-calon SPM dalam memastikan mereka tidak tercicir untuk mengambil peperiksaan.
Banjir: 'Anak-anak kita jauh lebih kental' - Fadhlina puji kehadiran calon SPM lebih 97 peratus
Peratusan kehadiran calon ujian bertutur Bahasa Melayu SPM di tiga negeri yang paling terjejas akibat banjir melepasi 97 peratus.
KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Emosi calon-calon peperiksaan yang resah, gelisah dan bimbang boleh menyebabkan minda mereka buntu, seterusnya menjejaskan prestasi mereka.
Banjir: Tiada keperluan adakan sesi kedua SPM - Fadhlina
Tiada keperluan untuk mengadakan sesi kedua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 kerana kehadiran calon untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu sangat memberangsangkan.
Banjir: Ada hikmah teruskan SPM, pelajar tinggal di asrama lebih fokus - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong tindakan Kementerian Pendidikan memindahkan calon SPM yang terjejas banjir ke asrama yang dilihat sebagai langkah tepat.
Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.